Pasangan suami isteri bersama-sama cuba makan sotong hidup. |
Amalan memakan ikan
mentah yang lazim di timur Asia sudah diterima baik di seluruh dunia, tetapi
memakan sotong hidup mungkin memerlukan masa untuk diterima ramai. Tetapi ia
bukan menjadi masalah kepada sebahagian pengunjung pesta makanan di Seoul.
Tanpa banyak masalah
mereka menarik keluar sotong hidup dari bekas dan cuba memasukkan hidupan itu
ke mulut masing-masing. Pada masa sama tentakel sotong itu melekap pada jari,
bibir dan pipi menjadikan ia agak sukar untuk dimakan pengunjung pesta makanan
itu.
Seorang pengunjung lelaki cuba menelan sotong hidup di pesta berkenaan. |
Bagaimanapun, pada
akhirnya pengunjung yang “kebuluran”
itu mula mengunyah sotong hidup berkenaan walaupun tentakelnya jelas kelihatan
bergerak-gerak. Walaupun amalan berkenaan mungkin memerlukan masa lebih lama
untuk diterima di negara lain, sebahagian penduduk Korea Selatan jelas gemar
dengan apa yang dilakukan.
Bandar Donghae
menganjurkan Pesta Sotong pada setiap Disember dan menarik kedatangan sehingga
70,000 pelawat dari seluruh dunia setiap tahun. Pengunjung boleh menangkap
sotong itu dengan tangan serta menyertai acara yang diadakan bagi meraikan
hidangan makanan tempatan. Antara pertandingan diadakan ialah “merawat sotong” serta “menyiang sotong mentah.”
Pesta berkenaan
diadakan ketika Mahkamah Agung Korea Selatan membebaskan seorang lelaki yang
didakwa membunuh kekasihnya selepas wanita terbabit didakwa tercekik ketika
makan sotong hidup. Sebelum ini, lelaki berusia 32 tahun berkenaan dihukum
penjara seumur hidup.
No comments:
Post a Comment