Ipoh – Sepasang
kekasih tidak menyangka tindakan mereka menjual aksesori telefon bimbit dengan
harga murah mengundang rasa tidak puas hati peniaga lain yang kemudian
bertindak membelasah mereka menggunakan besi, kayu dan kerusi lipat Selasa lalu.
Kejadian di tapak
Pasar Malam Medan Ipoh di sini pada pukul 10 malam itu mengakibatkan pasangan
dikenali sebagai Foo, 29, dan Liew, 26, masing-masing terpaksa menerima 10 dan
lima jahitan di kepala selepas dibelasah tiga peniaga aksesori telefon bimbit
lain di situ.
Foo mengesyaki
kejadian itu berlaku akibat persaingan dalam perniagaan kerana mereka menjual
barangan aksesori tersebut lebih murah antara RM1 hingga RM2 bagi setiap
barangan selain mempunyai pelanggan setia hingga menyebabkan kedai peniaga lain
kurang mendapat sambutan.
No comments:
Post a Comment