12 September 2013

Kenapa Bil Air Selangor Naik, Kata Ada Subsidi??? @Khalid_Ibrahim @SelangorGov @nohomar

Sorry MB Tengah Tido!!! Nanti Dia Bangun Baru Kita Bincang
Terdapat rungutan daripada penduduk yang tinggal di beberapa kawasan di Selangor sekarang ini berikutan bil air yang diterima setiap bulan sudah meningkat berbanding sebelumnya. Yang peliknya, peningkatan itu hanya dialami beberapa bulan ini saja iaitu selepas  pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Seperti yang diketahui, kerajaan negeri PR di Selangor telah memperkenalkan bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu atau lebih kurang RM11.00 kepada penduduk negeri itu sejak 2008 lagi sebagai memenuhi janji pilihan raya yang dibuatnya sehingga membuatkan PR berjaya menumbangkan BN.


Bagaimanapun, selepas pilihan raya lalu, ramai yang terkejut apabila tiba-tiba mendapati bil mereka sudah meningkat dan penggunaan air juga bertambah sedangkan keluarga tidak bertambah dan amalan penggunaan juga masih seperti biasa saja.

Jika selama ini penggunaan air mereka sentiasa di bawah 20 meter padu tetapi kini sudah melebihi kadar itu. Ramai yang mengadu bil air masing-masing kini sudah meningkat dan mereka perlu membayar antara RM8.00 hingga RM15.00 setiap bulan.

Jika dicampur dengan subsidi kerajaan negeri sebanyak 20 meter padu atau RM11.00, peningkatan yang berlaku ini hampir sekali ganda. Keadaannya kini seolah-olah meter air di Selangor bergerak lebih laju dari sebelumnya. Apa sudah jadi sebenarnya?

Ramai pengguna melahirkan kemusykilan mengenai perkara ini kerana setahu mereka kerajaan negeri yang diterajui oleh PR masih menguat-kuasakan bekalan air percuma 20 meter padu kepada penduduknya walaupun hubungan antara kerajaan negeri dengan Syabas sentiasa tegang dan bermasalah.

Soalnya adakah kerajaan negeri sedar perkara ini? Atau mungkinkah subsidi kerajaan negeri sudah dikurangkan walaupun menang lebih cemerlang dalam pilihan raya 2013 lalu?

Walaupun jumlah RM8.00 hingga RM15.00 itu tidaklah sebesar mana, penduduk Selangor hanya ingin mengetahui keadaan sebenar mengenai perkara ini dan apakah punca-punca yang menyebabkan bil air berbeza antara sebelum pilihan raya dengan selepas pilihan raya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...