![]() |
Sorry MB Tengah Tido!!! Nanti Dia Bangun Baru Kita Bincang |
Terdapat rungutan
daripada penduduk yang tinggal di beberapa kawasan di Selangor sekarang ini
berikutan bil air yang diterima setiap bulan sudah meningkat berbanding
sebelumnya. Yang peliknya, peningkatan itu hanya dialami beberapa bulan ini
saja iaitu selepas pilihan raya umum 5
Mei lalu.
Seperti yang
diketahui, kerajaan negeri PR di Selangor telah memperkenalkan bekalan air
percuma sebanyak 20 meter padu atau lebih kurang RM11.00 kepada penduduk negeri
itu sejak 2008 lagi sebagai memenuhi janji pilihan raya yang dibuatnya sehingga
membuatkan PR berjaya menumbangkan BN.