(Artikel ini telah diterjemahkan
daripada artikel asal yang ditulis dalam Bahasa Inggeris. Maksud asal artikel
ini telah dipelihara sebaik mungkin oleh penterjemah. Namun begitu beberapa
istilah yang spesifik mungkin tidak dapat dialihkan secara tepat.)
Persatuan
Pengguna Islam Sedunia atau International
Muslim Consumer Association (IMCA) adalah sebuah pertubuhan bukan
berasaskan keuntungan yang didaftarkan di Malaysia dan mempunyai majlis NGO
Islam dari seluruh dunia. Kami merujuk kepada laporan yang disiarkan dalam
akhbar The Star Jumaat 23 Ogos 2013, yang mengandungi kenyataan Cik Ratna Osman
yang mewakili SIS Forum Berhad .
Dalam ulasannya
mengenai keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak permohonan pihak gereja, beliau
berhujah bahawa Malaysia satu-satunya negara di dunia yang tidak membenarkan
penggunaan nama Allah oleh agama selain daripada Islam. Kami ingin menegaskan
bahawa kenyataan beliau sama sekali tidak benar. Antara lainnya, Brunei dan
Arab Saudi juga mempunyai larangan sebegini. Sebagai sebuah organisasi
antarabangsa yang bertanggungjawab, IMCA berasa bimbang akan desakan
badan-badan gereja Malaysia untuk menggunakan nama tertinggi Islam untuk Tuhan
Maha Kuasa, Allah.
Kami ingin bertanya
apakah motivasi Majlis Gereja Malaysia
(CCM), Persekutuan Krisitan Malaysia
dan National Evangelical Christian Fellowship (NECF) berbuat demikian?
Adakah ianya untuk menyatakan fakta kebenaran yang mereka percaya, seperti yang
biasanya dilakukan oleh orang-orang yang suka dan patuh kepada kebenaran, atau
ada tujuan lain di sebalik langkah ini?
Kita mendapati antara
lainnya, Gereja Yunani Ortodoks (Greek Orthodox Church) tidak bersetuju dengan
penggunaan nama Allah sebegitu berdasarkan petikan berikut;
"Malangnya, kita
terlalu kerap cuba untuk contextualize
penyebaran Gospel kita sehinggakan
menghakis nilai warisan kerohanian gereja. Penghakisan nilai warisan kerohanian
gereja dalam penyebaran ajaran Kristus (Christ) mengurangkan potensi sebenar
pengalaman rohani keseluruhannya"
(Gabriel Habib,
Pengarah Yunani Ortodoks Majlis Kristian Timur Tengah dalam suratnya kepada
para pemimpin Kristian;1987)
Umum mengetahui penganut
Kristian telah lama berusaha memurtadkan kaum Melayu sejak zaman Vasco de
Gamma, Albuquerque dan St Francis Xavier namun tidak menemui kejayaan. Prof
Mohamad Ajmal Al Aidrus memetik kenyataan G.E. Morrison (1957) dalam jurnal Muslim World (Jurnal Pengajian
Islam volum XLVII 298)
"Tanpa unsur
Melayu, gereja di tanah ini akan sentiasa berketerampilan asing dan berunsur
pendatang; tanpa Melayu gereja tidak dapat menonjolkan unsur universal kepada
semua; tanpa Melayu kita tidak lengkap dalam mengetengahkan kesempurnaan
(ideal) perpaduan semua manusia di bawah Kristian.
Bukanlah pihak Gereja
tidak berjaya langsung seperti yang kita lihat dalam kes Azlina Jailani (Lina
Joy) dan Aishah Bokhari (Felicia). Prof Mohamed Ajmal Al Aidrus menanyakan
"Adakah kelulusan penggunaan perkataan Allah itu salah satu peluang yang
dinanti-nantikan oleh puak evangelis Krisitan? Adakah desakan ini untuk menarik
dan mengundang segelintir orang Melayu Islam yang lemah keimanannya seperti yang
dibuktikan dalam kes Azlina dan Aishah?
Pada ketika ini,
adalah penting untuk kita menjelaskan penggunaan nama Allah dalam konteks
Islam. Penjelasan yang paling tepat adalah dalam sebutan kalimah syahadah iaitu
'La ilaha illlallah', bahawasanya
tiada tuhan melainkan Allah. Perkataan Arab untuk tuhan ialah ilah dan nama
Yang Maha Esa adalah Allah. Ia adalah suatu nama yang mana penggunaannya hanya
merujuk kepada Yang Maha Esa yang wujud tanpa diwujudkan, yang tidak beranak
dan tidak diperanakkan.
Allah bukan hanya
sekadar perkataan, tetapi suatu nama yang diwahyukan bahawa Dia, Tuhan Semesta
yang memberi nama Allah. Justeru, Ya Allah Ya Tuhanku membawa erti bahawa Allah
merupakan kata nama khas yang tidak boleh diterjemahkan sama sekali.
Penggunaan nama Allah
yang tidak memenuhi syarat lebih-lebih lagi apabila perkataan itu membawa
maksud yang lain akan mencemari nama Allah dan tidak menghormati Yang Maha Esa,
Tuhan segala makhluk kerana ianya adalah nama Nya. Ia juga tidak menghormati
kepercayaan penganut yang menyanjung kesucian nama itu. Pada pendapat kami,
bagaimana kita memanggil Tuhan yang kita akui haruslah berdasarkan apa yang
ditetapkan oleh Tuhan, bukannya mengikut pilihan sesuka hati.
Kami percaya bahawa
setiap kepercayaan mempunyai konsep dan nama-nama yang berkait dengan
konsep-konsep ketuhanan yang semestinya membawa pengertian yang selari dan
bukannya bercanggah mahupun menimbulkan persoalan dalam mana-mana bahasa yang
digunakan. Dalam apa jua agama, nama Tuhan adalah suci. Justeru itu, kepatuhan
kepada nama-nama ini dalam bentuk asalnya harus menjadi amalan dalam penyebaran
dakwah yang yang ikhlas dan benar.
Tidakkah keadaan
haru-biru jika penganut Hindu memanggil Vishnu sebagai Jehovah, ataupun
Kristian memanggil Bapa, Anak dan roh kudus sebagai Vishnu, Vishnu dan Vishnu
(yang mana satu Vishnu atau ketiga-tiganya sekali Vishnu?) dan penganut Islam
memanggil Tuhannya sebagai Dewa Buddha? Bagaimana pula jika orang Cina
memanggil "Jesus" apabila
menyembah Dewi Kuan Yin?
Jika dipersoalkan
hanya dari segi hak asasi manusia, setiap kumpulan mempunyai hak menggunakan
apa jua nama yang mereka suka dan hak ini harus dihormati semata-mata atas
dasar hak asasi. Hujah bahawa ia adalah hak yang termaktub dalam Perlembagaan
boleh juga digunapakai oleh semua golongan masyarakat. (Rev. Hermen Shastri,
Setiausaha Agung Majlis Gereja Malaysia bertegas "akan meneruskan amalan
(menggunakan nama Allah) kerana ia adalah hak yang termaktub dalam Perlembagaan
Persekutuan (Perkara 11) dan kita memanggil semua pihak menghormati hak itu.
Jika diikutkan sudut
pandangan 'hak' semata-mata, sudah
tentu keadaan menjadi porak-peranda. J.Dudley Woodberry dalam "Contextualization Di Kalangan Muslim
Menggunakan Rukun Biasa" ( Diterbitkan dalam International Journal of
Frontier Missions, Volume 13:4 , Oct-Dec 1996) berkata;
Contohnya, "Allah" asalnya dari Syriac
Kristian dan telah sekian lama digunakan sebelum zaman Nabi Muhammad. 'Wahy'
(wahyu) sekurang-kurangnya berkait dari segi etimologi dengan
perkataan-perkataan Yahudi-Aramia dan Kristian Ethiopic dan digunakan oleh para
penyair pra-Islam. Dalam mukasurat 174 beliau berkata; "Bahagian pertama
sebutan syahadah "Aku naik saksi bahawa tiada tuhan selain Allah"
adalah berdasarkan ayat-ayat seperti surah 37:35/34 ("Tidak ada tuhan
selain Allah") dan 112:1-2("Katakanlah,
'Dia(adalah)Allah,Satu(Ahad).Perkataan tersebut, seperti yang ditunjukkan oleh
Hartwig Herschfeld adalah berdasarkan shema dalam Deuteronomy 6:04 (Dengarlah,
hai orang bani Israel, Tuhan Allah kita adalah satu (Ahad) Tuhan")
Hujahan bahawa nama
"Allah" berasal dari Syriac Kristian lantas menjustifikasikan
penggunaannya oleh Kristian zaman sekarang merupakan hujah yang kurang bernas.
Sepatutnya, penganut
Kristian zaman moden boleh menggunakan nama Allah jika mereka mematuhi lunas
"Deuteronomy 6:4; bahawa Tuhan Allah kita adalah Satu Tuhan". Kami
yakin jika penganut Kristian kembali kepada konsep asas bahawa Allah adalah
Satu, Dia bukan Ayah, Dia tidak beranak, dan pengakuan ini dijunjung secara
konsisten, penganut Islam tidak akan membantah kerana ianya adalah kenyataan
benar. Jika Kristian mahu menggunakan nama Allah dalam semua bahan bercetak
mereka dan mereka mengaku dan mematuhi dengan sepenuhnya bahawa Tuhan itu Satu
(sepertimana Deuteronomy) (bukan bertiga), maka tidak akan ada bantahan.
Profesor Al Aidrus
mengulas bahawa terdapat hujahan yang mengatakan bahawa nama Allah telah
digunakan dalam kitab Bible Melayu 272 tahun yang lalu. Hujahan ini mengiktiraf
tindakan kuasa penjajah yang menindas yang tidak merujuk mahupun menghormati
umat Islam tempatan. Sebagai penjajah, mereka telah berbuat sesuka hati mereka
termasuklah menggondol harta dan kekayaan negara. Dalam mengutarakan hujah
sebegini, pihak gereja menyokong keganasan dan ketidakadilan itu yang jelas
sekali bercanggah dengan doktrin Kristian 'cinta sesamamu' (love thy
neighbour).
Kami juga berasa amat
curiga akan hasrat gereja Kristian yang hanya menuntut untuk menggunakan nama
Allah dalam bahan bercetak Bahasa Melayu. Mereka tidak berhasrat menggunakan
nama Allah dalam semua bahan mereka yang dicetak dalam semua bahasa.
Prof Al Aidrus
menyatakan bahawa "Perlu ditegaskan di sini bahawa terjemahan Gospel di
negara China dan India yang masing-masing mempunyai jutaan umat Islam, tidak
menggunakan nama Allah. Sebaliknya, mereka menggunakan perkataan seperti
"Sheng Fu, Sheng Zu dan Sheng Ling dan di dalam Gospel bahasa Tamil,
perkataan Suthan, JesaPa dan Parisutha Avi untuk Bapa Suci, Anak Suci dan Roh Kudus".
Jika begitu, apa pula
motif tuntutan menggunakan nama Allah dalam bahan bercetak Kristian bahasa
Melayu?
Di peringkat
antarabangsa, kita melihat bahawa penganut Kristian telah mencipta dan
merekabentuk Gospel bahasa Arab, pada mulanya bukan dalam bahasa Arab Al Quran
tetapi telah lama kelamaan telah mengambil bahasa Arab Al Quran. Sekarang,
kitab Gospel ini dipenuhi ayat-ayat yang bermula dengan ungkapan Islam
"basmallah" and diakhiri dengan "sadaqallahul a'zim (ungkapan
yang dilafaz oleh umat Islam). Apabila mendengar Kitab Gospel ini dibaca,
mereka yang tidak prihatin akan menganggap Quranlah yang didengarinya.
Kita menyedari akan
wujudnya gereja-gereja di Indonesia yang dikenali sebagai "Rumah Jemaah
Allah" dan kewujudan sebuah kolej yang mengajar Bahasa Arab dan kitab
Gospel bahasa Arab kepada para paderi Kristian.
Di Timur Tengah,
terdapat sebuah stesen radio yang membaca Kitab Gospel bahasa Arab setiap hari.
Mengapakah gereja
Kristian mengambil pendekatan sebegini dalam menyebarkan kepercayaan mereka?
Adakah pendekatan ini semata-mata untuk penganut Kristian sahaja ataupun
'contextualization' sebegini bertujuan menggerakkan hati penganut
bukan-Kristian terhadap ajaran Kristian?
Setelah mengkaji
agama dan amalam Kristian, kita melihat bahawa konsep contextualization ini,
iaitu untuk memperkenalkan kepercayaan agama dengan kaedah yang boleh diterima
oleh masyarakat, dengan menggunakan bahasa, simbol dan konsep yang khusus
kepada masyarakat yang yang ditujukan, adalah amalan biasa dalam kepercayaan
dan tatacara Kristian.
Kajian kami
menunjukkan bahawa konsep "Trinity" berkemungkinan besar lahir di
Majlis Nicea pada tahun 325 Masihi semasa pemerintahahan Maharaja Rom, iaitu
Constantine. Masyarakat Eropah antara lainnya, mempunyai sejarah ' agama tiga
dalam satu yang terpahat dalam kepercayaan 'pagan' purba Eropah. (sila rujuk
http:/www.deepertruth.com/trinity untuk melihat koleksi Cassaro mengenai konsep
agama Eropah pra-sejarah 'tiga ikon' yang didakwanya menyuluhi kepercayaan
"agama tiga dalam satu").
Ada kemungkinan
kemasukan konsep Trinity adalah bertujuan menjadikan agama Kristian lebih mudah
diterima oleh masyarakat Eropah awal.
Dalam kertas kerjanya
"The Trinity and Contextualization", Rev Ralph Allan Smith menyangkal
idea di atas.
Rev Ralph Allan Smith
menulis: Masih banyak lagi yang perlu dikatakan. Perkembangan konsep Trinity
Kristian ortodoks telah melibatkan penyingkiran (rejection) " konsep
tradisional, yang berkurun lama - diguna pakai, yang boleh katakan hampir
menyerupai Katolik, mengenai Kristus sedia wujud sebagai perantaraan dengan
seorang Bapa yang tidak tercemar (impassible Father) dengan dunia sementara,
yang mempertengahkannya sebagai alat kefalsafahan yang mudah diguna pakai.
Doktrin Logos - doktrin yang digemari oleh ramai ahli teologi ortodoks
terdahulu, telah ditinggalkan. Ahli-ahli teologi pro- Nicene, dalam erti kata
lain, mengubah doktrin Gereja dan mengubah secara radikal .
Dalam proses itu,
mereka dengan teliti menolak unsur-unsur bukan Gospel (non -Biblical) yang
telah terterap ke dalam tradisi Gereja dan mula meletakkan asas-asas bagi
ekspresi pandangan dunia Gospel yang lebih meluas . Aktiviti begini melampaui
anggapan contextualization linguistik. Kita boleh perhati melalui ilmuwan
Gereja penelitian diri dan penghakiman diri yang dirujuk oleh Conn sebagai de-
contextualization. Mereka membuang unsur anti Kristian daripada pemikiran dan
mereka cipta suatu bahasa teologi yang baharu menggunakan perkataan-perkataan
yang dipinjam .”
Rev Ralph Allan Smith
menulis: Dari sudut pandangan ini, contextualization hanyalah satu usaha untuk
menyalurkan secara berkesan kepada mereka yang bertutur bahasa berlainan dan
mempunyai persepsi keduniaan yang berlainan daripada mereka yang berkebudayaan
Eropah. Ini termasuklah menampilkan semula ajaran asas Gospel dalam bahasa yang
mungkin asing kepada penutur bahasa Eropah, tetapi ini bukanlah bererti, dan
bukan pula kelulusan untuk sesiapapun menukar ajaran Gospel Kristian itu
sendiri.
Mari kita kaji satu
contoh yang ringkas proses contextualization.
Kita melihat
penyerapan kepercayaan "pagan"
Eropah dalam bentuk perayaan Krismas dan Santa Claus. Pada hari ini, kita
mengakui bahawa ianya satu pembohongan untuk mengaitkan kelahiran Nabi Isa
(a.s) dengan perayaan Krismas (tiada bukti dalam Gospel bahasa Aramaic atau
bukti sejarah yang menyokong tuntutan bahawa Krismas adalah sambutan kelahiran
Isa (a.s), seperti yang diberitahu dan dinyanyikan oleh penganut Kristian
sekian lama. Kita mengenali St Nicholas dari Myra dan perkaitan dongeng
perayaan Krismas dengannya dan masyarakat Eropah meraikan perayaan St Nicholas
pada 6hb Disember setiap tahun.
Walau bagaimanapun,
ada segelintir sarjana sejarah yang berpendapat bahawa lagenda St Nicholas
sebagai pemberi hadiah mempunyai unsur kepercayaan 'pagan' yang berasal daripada sumber-sumber pra-Kristian. Dewa
mitos Teutonic Odin mempunyai janggut yang panjang. Ada sarjana yang
berpendapat 'janggut panjang' merujuk kepada Thor, seorang tuhan Jerman. Thor
mempunyai janggut putih yang panjang dan melayari awan dengan menaiki kenderaan
yang ditarik oleh dua ekor kambing putih.
Apa yang pasti adalah
Santa Claus bukanlah tokoh Gospel serta perayaan Krismas itu tidak mempunyai kaitan
dengan rujukan Gospel.
Dr.Richard P. Bucher
berhujah bahawa Santa Claus zaman moden merupakan hasil pencantuman beberapa
sumber menjadikan ia suatu watak lagenda yang telah berevolusi berzaman-zaman
lamanya. Sepanjang proses itu, unsur-unsur legenda pra-Kristian, cerita St.
Nicholas, penghijrah Belanda ke Amerika, Washington Irving, Clement Moore,
Thomas Nast serta syarikat Coca-Cola semuanya menyumbang terhadap proses itu.
Apakah yang
ditakrifkan sebagai "Contextualization"?
Memetik daripada Rev Ralph Allan Smith
"Hesselgrave dan
Rommen memilih tiga cadangan awal;
1. Kami memahami
istilah ini bermaksud membentuk konsep yang selari dengan sesuatu keadaan
tertentu.(Byang H Kato)
2. Terjemahan unsur
Gospel ke dalam bentuk lisan yang bermakna kepada orang-orang berlainan budaya
dalam persekitaran mereka tersendiri.(Bruce J Nicholls)
3. Contextualization
digunakan dengan betul bermakna membongkar implikasi sah Gospel di dalam satu-satu
keadaan. Ia lebih mendalam daripada aplikasi. Aplikasi, saya boleh lakukan atau
tidak lakukan tanpa menjejaskan teks Gospel. Implikasi, dituntut oleh
penelitian yang tepat terhadap teks ( George W. Peters ).
Menurut Conn , kita mesti menimbang
"rangka presuppositional " itu sendiri dengan " penghakiman
kata-kata Tuhan. Untuk contexualize mesej Gospel ke dalam bahasa budaya yang
lain, kita perlu keluarkan unsure-unsur yang wujud disebabkan oleh “cutural
bias” kita sendiri. Kita juga adalah sebahagian daripada matriks budaya yang
merangkumi unsur-unsur anti-Kristian yang menghalang penyebaran Gospel kepada
orang lain.”
Kita dapat melihat
agama Kristian telah lama menggunakan kaedah contextualization. Ia bukannya
bertujuan untuk menyatakan kebenaran, atau menghormati kesucian Rukun agama
lain, dalam hal ini merujuk kepada nama Yang Maha Esa ALLAH, tetapi sebagai
kaedah menerampilkan agama Kristian sebagai sesuatu yang boleh diterima oleh
penganut agama lain yang mempunyai rukun kepercayaannya sendiri.
Untuk menjadikan
lebih mudah diterima, istilah dan konsep yang biasa diguna pakai oleh
masyarakat yang menjadi sasaran pendakwah itu diambil and digunakan, supaya
kepercayaan Kristian diterima dengan senang. Justeru, penghasilan buku Gospel
dalam Bahasa Arab Al-Quran. Jelas kelihatan desakan menggunakan nama Allah
merupakan satu strategi Kristianisasi .
Maka tidak jauh
tersasarlah jika kita membuat kesimpulan mengenai persoalan apakah motivasi
gereja Kristian Malaysia membuat tuntutan untuk menggunakan nama ALLAH dalam
bahan bercetak mereka di kalangan masyarakat Melayu/Islam.
Begitu juga apakah
motivasi mewujudkan kitab Gospel dalam bahasa Arab Al-Quran, atau mengadakan
upacara keagamaan (service) pada hari Jumaat (seperti yang berlaku di
Indonesia) dan bukannya pada hari Ahad.
IMCA berpandangan
bahawa permintaan gereja Kristian Malaysia untuk menggunakan nama Allah adalah
sebahagian daripada strategi contextualization yang telah lama digunakan, suatu
strategi untuk mempengaruhi orang Melayu Islam untuk murtad daripada Islam.
IMCA ingin menegaskan bahawa bukanlah niat kami untuk memperkecilkan
kepercayaan Kristian.
IMCA dengan rendah
diri meminta penganut Kristian Malaysia yang mencintai Tuhan untuk menimbang
semula pendirian mereka dan menjunjung jalan Kebenaran Kristian. Kami yakin
bahawa orang Kristian yakin akan keteguhan agama mereka dan kebenaran iman
mereka. Mereka patut menzahirkan kepercayaan mereka dalam keadaan asal, tanpa
mengubahsuaikannya dengan istilah-istilah dan konsep yang lebih sedap didengar
oleh orang bukan Kristian.
Kami memohon kepada
penganut Kristian yang mendakwa diri mereka sebagai orang yang beriman, yang
juga melafazkan Kebenaran supaya ikhlas dengan Kebenaran itu. “Jika penganut
Kristian berhasrat, mereka patut memperkenalkan kata nama Aramaic bagi Tuhan
yang dikatakan digunakan sendiri oleh Jesus seperti Eloi, Eli, Eloah, Elohim,
Yahweh atau Jehovah ke dalam perbendaharaan kata Melayu” (Prof Al Aidrus).
Keikhlasan menuntut
supaya mereka mencari penyelesaian kepada masalah ini berdasarkan Kebenaran dan
fikiran yang waras. Kami meminta mereka menarik balik tindakan dan tuntutan
mereka, di atas nama KEBENARAN. Kami meminta mereka teguh dan konsisten dalam
menggunakan nama Tuhan seperti yang dinyatakan dalam Gospel Aramaik, bukan apa
sahaja yang mereka gemari, kerana Gospel Aramaik adalah asas kepercayaan
mereka.
Manusia hari ini
terlalu banyak masalah. Kita berdepan dengan begitu banyak penderitaan,
kebuluran, pembunuhan dan ketidakadilan.
Adalah lebih
bermanfaat jika semua makhluk yang mengasihi Tuhan untuk menumpukan usaha untuk
kebaikan manusia sejagat.
Menghormati setiap
budaya dan kepercayaan sesama sendiri akan mengurangkan konflik dalam dunia
yang sudahpun dipenuhi penderitaan. Kami meminta KEAMANAN.
Marilah kita bersama
berusaha ke arah KEAMANAN dengan nama Tuhan.
Sheikh Kareem
Secretary General
International Muslim
Consumer Association
Kuala Lumpur 5 Sept 2013
No comments:
Post a Comment