Rungutan mengenai peningkatan jenayah telah
lama kita dengar iaitu sebelum terhapusnya Akta EO dan ISA lagi. Kes-kes ragut terjadi hampir setiap hari di
mana ia pantas dijadikan modal politik untuk pembangkang menyerang kerajaan dan
memburuk-burukkan pihak polis.
Dari situ, pembangkang membina persepsi
seolah-olah polis Malaysia lembap, korup dan bodoh. Pantang ada kesempatan,
pembangkang pasti akan mempolitikkan kes-kes jenayah.
Namun, pelik sekali apabila dalam kita merasa
bimbang akibat kes jenayah yang meningkat, pembangkang turut mendesak agar
Akta-akta tertentu yang digunakan untuk membendung jenayah dihapuskan. Dengan
desakan berterusan, pembangkang akhirnya mendapat apa yang mereka idamkan iaitu
lebih 2000 tahanan Simpang Renggam dibebaskan apabila Akta pencegahan
dihapuskan.
Hampir dalam kadar segera iaitu sejurus
mereka ini dibebaskan, jenayah bunuh yang melibatkan bekas tahanan tersebut pun
berlaku. Sejak dari itu, jenayah bunuh,
sama ada menggunakan senjata tajam atau tembak terus berlaku adakalanya hampir
setiap hari. Apa yang menarik ialah, mereka yang berjaya ditangkap, hampir
semuanya mempunyai hubung kait dengan bekas penjenayah yang dibebaskan.
Dari kronologi ini, tidak salahlah jika
rakyat menyalahkan pembangkang kerana mendesak kepada keburukan dan bukannya
kebaikan untuk masyarakat
Bagi memulihkan keadaan, pihak polis telah
bertindak tegas memburu dan membawa penjenayah terbabit ke muka pengadilan. Malangnya,
tindakan tegas polis bukan sahaja tidak dihargai pembangkang tetapi
dipersoalkan pula. Nampaknya, pembangkang lebih berminat untuk membela
penjenayah atas alasan hak asasi manusia, berbanding memikirkan keselamatan
rakyat.
Namun, kita bersyukur kerana Kementerian
Dalam Negeri di bawah pimpinan Dato’ Seri Zahid Hamidi tidak mudah melatah
dengan mendengar cakap pembangkang sekali lagi.
Beliau mengabaikan suara-suara jahat pembangkang untuk membela
penjenayah dan mengarahkan gerak gempur terhadap semua kumpulan kongsi gelap
yang ada.
Setakat ini, sebanyak 49 kumpulan kongsi
telah didedahkan dengan anggaran 40,000 ahli.
Rakyat bernasib baik kerana mempunyai Menteri
yang prihatin dan berani berbuat apa yang perlu tanpa mengambil kira sentimen
politik. Sepatutnya, semua Menteri membawa pendekatan yang sama iaitu
mengutamakan kerja daripada politik.
Seharusnya, pembangkang mula memahami bahawa
rakyat tidak gemar kepada penjahat, penjenayah, pembuat huru-hara dan
pengkhianat. Dan rakyat tidak mungkin akan menyokong pihak yang menyokong
apatah lagi yang menjadi dalang kepada mereka-mereka ini.
Kesimpulannya, rakyat mahukan lebih banyak
Zahid Hamidi.
No comments:
Post a Comment