25 August 2013

Yang Bertanding MT UMNO, Perlu Ada Sifat Malu




Mereka yang mahu bertanding jawatan majlis tertinggi dalam pemilihan Umno akan datang seharusnya mempunyai sifat malu serta tanggungjawab dalam memegang jawatan berkenaan. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata, sebagai pemimpin, perasaan malu terhadap jawatan yang dipegang adalah penting dan sekiranya terdapat individu lain lebih baik dari mereka, dan haruslah memberi laluan.

“Bagi saya, sama ada saya bertanding atau pertahankan jawatan tak penting. Tapi bagaimana kita mahu kembalikan kegemilangan Umno. Saya lebih minat melihat yang bertanding ini melakukan transformasi bagi mengembalikan semula kegemilangan parti," katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Parlimen Tampin di Padang Futsal Tampin, di sini, semalam.


Menurut Ketua Umno Bahagian Tampin itu, setakat ini beliau masih lagi belum membuat keputusan untuk bertanding dalam majlis tertinggi, bagaimanapun secara peribadinya, beliau mahu melihat sama ada dia masih relevan atau tidak di dalam Umno.

Ketika ditanya mengenai tindakan mempertahankan jawatan ketua bahagian sekiranya diminta berbuat demikian, Shaziman berkata, beliau tidak kisah sekiranya ada individu lain mahu bersaing.

“Sebenarnya kalau ada cabaran pun digalakkan. Saya nak yang terbaik tapi jangan sampai buruk-burukkan orang dan sampai bergaduh sehingga pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...