30 August 2013

Alif Satar Tayang Gambar Berpeluk Dengan Awek Mat Salleh




Agak lama juga tidak mendngar perkembangan terbaru penyanyi dan pengacara ini. Tapi sejak beberapa hari lalu, nama Alif Satar menjadi bualan hangat ramai ekoran gambarnya dengan seorang wanita Mat Salleh yang tersebar di internet. Siapakah gadis itu? Kekasih Alif?

Apa yang pasti gambarnya bersama gadis  tinggi lampai ala model yang dikenali sebagai @laurenmitchell43 itu dirakamkan di Sydney, Australia dan dimuat naik sendiri oleh Alif di laman Instagramnya. Malah ada juga gambar mereka berpelukan.


Menerusi gambar berpelukan dengan gadis itu, Alif telah menulis caption : Gadis gadis cun ni bawak Alif pusing Sydney @laurenmitchell42 @yasminjadekassim 31hb Ogos ni.. Saksikan '24 jam'... 9 malam di Astro Ria..

Dalam sebuah portal hiburan menyebut, Alif terlibat sebagai pengacara bagi sebuah program travel berjudul 24 Jam dan kehadiran gadis tersebutdi sisi penyanyi yang popular dengan lagu Jangan Nakal in bertujuan untuk rakaman program berkenaan yang menjalani penggambaran di Sydney, baru-baru ini.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...