Tanda Putera merupakan satu filem
sejarah yang perlu dihargai oleh setiap pihak. Namun begitu ada sesetengah
pihak yang menyifatkan Tanda Putera sebuah analogi politik bagi sesuatu parti.
Sedangkan apa yang dipaparkan oleh filem itu hanyalah persahabatan akrab dua
pemimpin lagenda Malaysia, Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail.
Hanya yang menjadi kontroversi
adalah tragedi rusuhan 13 Mei 1969 yang dijadikan latar belakang kepada filem
tersebut. Pengarahnya Datuk Shuhaimi Baba telah menyatakan bahawa filem yang
dihasilkan oleh beliau bukanlah berniat atau berunsur politik. Ia hanyalah
sebuah filem yang digarap dari sejarah Malaysia berdasarkan fakta sebenar.
Ketakutan sesetengah pihak dengan filem ini adalah tidak berasas.
Tanda Putera harus dipuji kerana
ianya boleh dijadikan bahan rujukan mudah untuk generasi akan datang sama
seperti filem-filem sejarah sebelumnya. Dengan adanya filem ini rakyat Malaysia
dapat mengabdikan sejarah dan memori berkenaan kedua-dua tokoh yang benar-benar
telah banyak berjasa kepada pembangunan negara kita.
Ketua Menteri Pulau Pinang, YB
Lim Guan Eng telah menyatakan keputusan bahawa negeri itu tidak akan
membenarkan Tanda Putera ditayangkan di mana-mana pawagam. Tindakan itu adalah
berasaskan kepada tanggapan bahawa, filem tersebut adalah rasis dan tidak
bertanggungjawab. Namun begitu, keputusan yang dibuat oleh Ketua Menteri Pulau
Pinang itu dianggap sebagai satu perkara yang tidak berasas. Ini kerana beliau
atau mana-mana ahli Pakatan Rakyat belum lagi menonton filem tersebut.
Adakah ini satu tindakan yang
wajar? Secara tuntasnya kita boleh mengatakan bahawa tindakan ini adalah
terburu-buru dan tidak professional, lebih-lebih lagi dikeluarkan oleh YB Lim
Guan Eng yang kononya memperjuangkan hak bersuara dikalangan rakyat Malaysia.
Apakah hak bersuara rakyat
mempunyai sifat selektif dan tertakluk kepada perkara-perkara yang dianuti oleh
Pakatan Rakyat sahaja? Mengapa jika sesuatu perkara itu walaupun datangnya dari
rakyat, tetapi tidak mengikut ideologi Pakatan Rakyat, maka perkara itu tidak
patut didengari atau dipertahankan? Siapa sebenarnya yang tidak telus dalam
berbicara soal amanah dan hak rakyat? Apa yang ditakuti oleh Pakatan Rakyat
sehingga sanggup mengharamkan sebuah filem yang memaparkan kehidupan sebenar
pada era tersebut.
Boleh dikatakan ia adalah satu
perkara bodoh jika difikirkan bahawa sebuah kerajaan negeri terlalu takut
dengan sebuah filem yang mereka sendiri kata tiada kualiti. Apakah sebuah filem
“low-class” (pendapat Ketua Menteri Pulau Pinang) boleh mengugat kredibiliti
sebuah kerajaan negeri yang telah dilantik oleh rakyat?
Ketakutan yang menyelinap dalam
setiap ahli Pakatan Rakyat adalah bagaimana terbongkarnya rahsia bahawa
pemimpin mereka korup dan tidak berhati perut jika filem ini ditayangkan di
pawagan seluruh Malaysia. Telah terang lagi bersuluh bahawa ramai pemimpin tua
mereka terlibat di dalam tragedi 13 May 1969. Itu sememangnya tidak boleh
dinafikan ataupun disangkal.
Seruan harus dinyatakan secara
jelas kepada seluruh rakyat Malaysia agar filem ini menjadi satu tontonan
wajib. Bukan sahaja ianya perlu ditonton oleh orang Melayu tetapi juga kepada
seluruh rakyat negara ini yang masih cintakan keamanan dan keselesaan hidup.
Mari kita bersama-sama memenuhkan pawagam di seluruh Malaysia untuk menonton
filem Tanda Putera. Bagi penduduk Pulau Pinang, diharap jangan kecewa jika
tidak dapat berkesempatan menonton filem ini. Ini adalah kerana, seperti semua
filem tempatan yang lain, ia akan disiarkan di Astro First selepas beberapa
minggu tayangan di pawagam.
Usaha, Ketua Menteri Pulau Pinang
untuk menyekat kemasukan Tanda Putera di semua pawagan di Pulau Pinang adalah
usaha yang terlalu bodoh. Agaknya Ketua Menteri Pulau Pinang sudah lupa bahawa
terlalu banyak saluran dan media alternatif untuk filem itu ditonton. Tanda
Putera tetap akan menemui rakyat Malaysia, walau dimana ceruk rantau sekalipun.
No comments:
Post a Comment