Tindakan pemain utama dalam siri
popular Prison Break iaitu Wentworth Miller yang menolak undangan untuk
menghadiri Festival Filem Antarabangsa St Peterburg di Rusia telah mendedahkan
orientasi seksual sebenar aktor macho tersebut.
Wentworth cuba untuk menyuarakan
bantahan terhadap kerajaan negara tersebut yang mendiskriminasi golongan
homoseksual yang difahamkan telah berlaku sejak 1993. Pelakon yang berasal daripada
United Kingdom ini secara terbuka bercakap bahawa sebagai seorang homoseksual,
dia tidak boleh menerima undangan daripada kerajaan yang mendiskriminasi
golongan sepertinya itu.
Tindakannya itu telah mengejutkan
ramai pihak yang tidak pernah menyangka bahawa Wentworth yang kini berusia 41
tahun tersebut merupakan seorang homoseksual. Dia yang menjawab undangan yang
dihantar oleh penganjur menerusi pengarahnya, Maria Averbakh memberitahu bahawa
dia akan menjadi permasalahan buat negara itu sekiranya dia dia menghadiri
festival tersebut.
Walaupun isu LGBT masih lagi
belum diterima secara terbuka, tindakan yang dibuat oleh pelakon tersebut
dianggap sebagai suatu perjuangan yang mendapat pelbagai reaksi rakan artis
malah disokong sepenuhnya oleh peminat Wentworth yang kini mula menulis skrip.
Sebilangan selebriti dilihat
memberikan reaksi positif atas tindakan Wentworth antaranya Ellen DeGeneres,
Neil Patrick Harris, Andy Cohen, Jesse Tyler Ferguson, Darren Young, Rose
McGowan yang majoritinya pengamal homoseksual. Lady Gaga dan Beyonce juga tidak
ketinggalan menyumbang dan menyokong bantahan tentang undang-undang di negara
Soviet tersebut.
Hal ini tercetus berikutan
pengumuman kerajaan mengenai undang-undang baru negara yang mengharamkan
sebarang propaganda yang menjurus kepada pertemuan, acara pesta dan apa sahaja
perkara yang berkaitan dengannya kerana bimbang akan memberikan gambaran jelas
kepada kanak-kanak.
Hero bagi Poison Break ini yang
kini bergelar penulis skrip untuk sebuah filem, Stroker yang akan ditayangkan
tidak lama lagi itu dilihat seperti seorang pejuang yang berjaya menundukkan
musuh dgn begitu berani mendedahkan orientasinya yang mendapat tentangan
seluruh dunia.
No comments:
Post a Comment