Saya sangat teruja dan amat berterima kasih
kepada Professor Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee di atas tulisan beliau dalam
ruangan rencana Utusan Malaysia 16 Ogos 2013 yang lalu. Ternyata bahawa ulasan
beliau cukup benar, tepat dan sewajarnya di renung sedalam-dalamnya oleh bukan
sahaja orang Cina Malaysia bahkan oleh orang Melayu yang suci lagi lembut
hatinya.
Adalah diharapakan agar ulasan tersebut bukan
sahaja dapat membuka mata, bahkan menyedarkan mereka terutamanya golongan ultra
kiasu Cina betapa murninya hati bangsa saya yang bernama Melayu. Banyak insiden
atau peristiwa di mana bukan sahaja Melayu dihina bahkan agama suci mereka
dicerca dan diperlekehkan. Namun Melayu hanya mampu buat bantahan melalui media
dan laporan polis. Laporan polis tidak mampu menghentikan tindakan mereka. Di
manakah maruah Melayu? Hari ini Melayu terus dihina lagi.
Pernahkah kita mendengar, terbaca atau
melihat orang Melayu menghina agama-agama lain melalui perilaku yang biadap,
kurang sopan atau sebagainya? Melayu cukup hormat akan pegangan atau
kepercayaan orang lain. Persoalannya adakah Melayu hanya mahu dan mampu berdiam
diri sahaja sekiranya perbuatan-perbuatan biadap terus berlaku dan berleluasa
sehingga sampai ke tahap 'cacing cucuk ke mata' atau 'si kaduk naik ke
junjung'?
Selain Melayu dan agama Islam dihina, juga
hak istimewa Melayu dipersoalkan. Apa yang menjadi masalah dengan hak istimewa
tersebut atau ketuanan Melayu? Adakah dengan hak dan ketuanan ini, bukan Melayu
merempat dan menjadi hamba? Malah siapa yang lebih hebat hari ini, Melayu yang
bergelar tuan atau Cina yang bergelar hamba?
Fakta sejarah jelas membuktikan bahawa
Malaysia sebelum ini dikenali dengan Tanah Melayu. Setelah dijajah oleh kuasa
asing khususnya British melalui dasar pecah dan perintah serta dasar ekonomi
British, Melayu dipinggir dan terpinggir daripada arus kemajuan terutamanya
dalam bidang pendidikan dan ekonomi. Kaum asing dibelai dan dibantu manakala
Melayu dibiarkan seperti pepatah kera di hutan disusukan, anak di pangkuan mati
kehausan.
Sekian lama hak Melayu lebih kurang 446 tahun
bukan sahaja dinafikan bahkan dirampas. Salahkah sekiranya hak tersebut
dikembalikan secara berperingkat tanpa sedikit pun merampas milik orang lain?
Jangan kerana termakan hasutan pihak yang
sememangnya cemburu akan kestabilan dan keharmonian serta kesejahteraan negara
melalui kesepakatan dan permufakatan mereka, habis air setempayan dicurahkan
akibat mendengar guruh di langit dan akhirnya kita sama-sama yang rugi.
Melalui kesempatan ini, saya menyeru agar bangsaku
yang bernama Melayu supaya sedar dan insaf. Bersatulah demi maruah dan
kesinambungan kuasa Melayu. Walaupun kita mungkin berbeza tetapi perlu dalam
perbezaan cari persamaan seperti kata perpatah, biduk berlalu kiambang bertaut
semula dan terus berusaha gigih. Apabila belayar sampai ke pulau, berjalan
sampai ke batu.
No comments:
Post a Comment