31 August 2013

Faekah Naik Pangkat, @Khalid_Ibrahim Cuba Tipu @anwaribrahim


Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani menyifatkan laporan pelantikan Faekah Husin sebagai Pengurus Besar Perbadanan Menteri Besar (MBI) sebagai sesuatu yang 'luar biasa' dan mempersoalkan kenapa orang "yang tidak berkepentingan" di beri jawatan kanan itu.

Abdullah membandingkan pelantikan Faekah itu kepada kedudukan Datuk Seri Sharizat Jalil sebagai senator bertaraf menteri dalam Jabatan Perdana Menteri yang dipertikaikan oleh pelbagai pihak.


"Jika dia (Faekah) jadi pengurus besar, maka besarlah orangnya. Urus tadbir negeri saya tak campur, cuma saya dengar ini berita baru. Jika dilantik sebagai pengurus besar MBI, ia sesuatu yang luar biasalah. Bagi saya tak masuk akal, tetapi kalau dah dilantik itu rezeki dia lah

"Luar biasa apabila sesuatu yang tidak berkepentingan diletakkan di situ. Macam Shahrizat dijadikan menteri penuhlah. Ia luar biasa sebab tak masuk akal bila dilantik. Itu kuasa Perdana Menteri. Begitu juga dengan Faekah, ia kuasa MB," kata.

Setiausaha Politik kontroversi kepada Khalid itu dilaporkan  akan meletak jawatan kerana diberi tanggungjawab lebih besar memimpin MBI mulai minggu depan. Sekaligus tindakan itu dilihat untuk mengimbangi pengaruh Ketua Staf pejabat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Datuk Saifuddin Nasution Ismail seperti yang diarahkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada permukaannya, tindakan ini seolah-olah mengisyaratkan bahawa Khalid akur arahan Anwar supaya Faekah yang dianggap “duri dalam daging” dikeluarkan dari struktur pejabat Khalid.  Bagaimanapun difahamkan pelantikan baru Faekah sebagai Pengurus Besar MBI akan memberi beliau kuasa lebih besar mempengaruhi urusan anak-anak syarikat negeri Selangor.

Berikutan kenaikan pangkat Faekah itu, Khalid dikatakan akan melantik Azman Abidin dari Bandar Tun Razak sebagai Setiausaha Politik baru. Abdullah yang terkejut dengan perkembangan itu bagaimanapun berkata beliau tidak melihat perkembangan itu 'mempermainkan' Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Saya tak pandang begitu (kena tipu). Saya pandang apabila dia (Faekah) dilantik sebagai pengurus besar MBI, itu kuasa Menteri Besar. Beliau boleh lantik sesiapa sahaja yang dipercayainya. Jawatan Setiausaha Politik MB berhubung dengan 'public relations'. Jadi ia perlu menepati kehendak wakil-wakil rakyat yang mewakili setiap kumpulan.

Faekah dilaporkan tidak disenangi di kalangan pemimpin PKR yang menyalahkan beliau bagi apa yang mereka lihat sebagai kegagalan Khalid mengikut arahan-arahan tertentu parti dalam mentadbir Selangor dan kepentingan PKR di negeri itu. Faekah juga dikatakan menjadi punca kepada perselisihan berterusan antara Khalid dan Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...