Dalam kita memandang sinis pemilihan CEC DAP
yang paling korup dalam sejarah, kita juga tidak lupa memerhati keadaan politik
UMNO. Rata-rata, keadaan di peringkat Cawangan dan Bahagian telah pun panas di
mana bahang pemilihan mula terasa. Taktik dan strategi sama ada kotor atau
bersih bercampur-baur dalam perjuangan antara cita-cita peribadi dengan agama,
bangsa dan tanah air.
Ada sesuatu tentang pemilihan kali ini yang
membuatkan ramai melihatnya sebagai pemilihan paling penting dalam sejarah
iaitu ia dikatakan bakal menentukan jatuh bangunnya, hidup matinya atau hilang
kekalnya umat Melayu di dunia.
Pada dasarnya, UMNO telah berjaya
meningkatkan jumlah kerusi kemenangan dalam PRU-13 yang lalu. Namun begitu,
walaupun telah memberi kemenangan kepada UMNO, orang-orang Melayu menyimpan
semacam keraguan terhadap parti ini kebelakangan ini. Seimbas membaca blog-blog
yang menyokong UMNO akhir-akhir ini, kita tidak dapat mengelak dari mengesan
perasaan ragu-ragu, yang sama ada diluahkan secara berlapik mahupun dengan cara
menempelak keras.
Menepis bahawa perasaan ragu-ragu itu sebagai
‘dengki’ atau sebagai ‘suara pembangkang’ bukanlah tindakan
bijak. Seharusnya, pengajaran ini telah pun difahami dengan baik oleh UMNO
dalam PRU-12.
Sebaiknya, UMNO mengkaji apakah yang diragui
oleh orang-orang Melayu terhadap parti ini. Apakah benar ia merupakan masalah
peribadi atau masalah sikap para blogger? Apakah setiap komen dan setiap
rungutan di laman sosial individu yang membawa rentak yang sama dengan
blog-blog itu juga bertitik tolak dari masalah peribadi dan sikap blogger
tersebut?
Jika kita memberi sedikit perhatian, kita
akan dapati bahawa isu yang diperhatikan oleh orang-orang Melayu secara dekat
pada hari ini ialah isu jenayah, isu menghina Islam, TPPA dan juga pengurusan
GLC. Sebagai langkah awal, kepimpinan wajib memahami apakah yang dikhuatiri
oleh orang-orang Melayu dalam semua isu ini.
Secara dasarnya, orang-orang Melayu melihat
isu jenayah dan isu menghina Islam yang semakin menjadi-jadi pada hari ini
adalah berpunca dari keputusan kerajaan untuk tunduk kepada tekanan pembangkang
dan orang-orang Cina.
Orang Melayu yang telah dikejutkan dengan
tindakan kerajaan memaafkan Namewee dan memberi beliau berbagai kemudahan,
telah sekali lagi tersentak apabila kerajaan menghapuskan Akta Hasutan yang
dilihat bakal membuka lebih ruang kepada orang-orang seperti Namewee untuk
menghina Islam dan Melayu.
Ternyata apa yang dikhuatiri itu benar-benar
berlaku, begitu juga dengan peningkatan kadar jenayah yang berlaku sejurus
selepas kerajaan tunduk kepada pembangkang dengan menghapuskan Akta EO dan ISA.
Kerajaan mungkin menafikan yang penghapusan
Akta tersebut merupakan satu kesilapan dan mengerahkan seluruh jentera untuk
memberi berbagai alasan untuk membela diri di samping menunjukkan keterbukaan.
Namun, dukacita dimaklumkan bahawa ia tidak mampu mengembalikan keyakinan
orang-orang Melayu terhadap UMNO, sekurang-kurangnya setakat hari ini.
Bagaimanapun, setakat hari ini juga, harapan
terus diberikan kepada UMNO kerana orang-orang Melayu tidak mampu mempercayai
Pakatan Rakyat untuk membela nasib mereka.
Persepsi bahawa kerajaan lebih mengutamakan
pembangkang dan orang-orang Cina menjadikan orang-orang Melayu bimbang terhadap
keputusan yang bakal diambil oleh kerajaan dalam isu-isu yang berkaitan
ekonomi, terutama TPPA. Orang-orang Melayu melihat pembangkang sebagai
pengkhianat negara yang bersekutu dengan kuasa besar untuk menguasai dunia. Sekiranya
kerajaan terlalu tunduk kepada kehendak pembangkang, dikhuatiri kerajaan akan
terperangkap dalam strategi kuasa besar untuk menguasai ekonomi negara ini.
Bertitik tolak dari persepsi itu juga,
orang-orang Melayu turut bimbang jika kerajaan membuka peluang kepada
orang-orang Cina untuk menguasai GLC dan juga jawatan-jawatan penting di dalam
kerajaan. Ini kerana orang-orang Cina masih lagi terlalu bersifat perkauman dan
menyerlahkannya tanpa segan silu dalam pengurusan syarikat swasta dan juga
perniagaan.
Kebimbangan orang-orang Melayu terhadap sikap
perkauman orang Cina ternyata berasas apabila orang-orang Cina menolak Barisan
Nasional mentah-mentah dalam PRU-13 yang lalu walaupun setelah diberikan hampir
segala-galanya oleh kerajaan.
Berdasarkan senario ini, mana-mana individu
yang ingin bertanding dalam pemilihan yang akan datang wajib menangani persepsi
ini dengan baik. Sikap sesetengah pihak yang terlalu ingin membodek dan
mengampu perlu dikawal kerana bimbang mereka meningkatkan lagi persepsi rakyat
bahawa UMNO telah rosak. Pendek kata, tingkah laku pemimpin UMNO dalam
menghadapi pemilihan ini akan turut memberi kesan kepada pilihanraya yang akan
datang. Apa guna menang dalam pemilihan jika parti hanya mampu bertahan selama
sepenggal?
Orang-orang Melayu (baca: penyokong UMNO)
ingin melihat UMNO yang menepati slogan ‘transformasi’
dari segi minda dan sikap. Transformasi tidak seharusnya bermakna membuang roh
asal UMNO sebagai pejuang agama, bangsa dan negara. Transformasi harus dilakukan dengan cara
meningkatkan lagi semangat juang yang asal serta mengadaptasi nya dalam mengharungi
zaman untuk kekal menjadi pemerintah di negara ini.
Mampukah UMNO memilih pemimpin yang menepati
ciri-ciri ‘transformasi’ ini?
No comments:
Post a Comment