Beberapa
hari lalu Siti menerima beberapa e-mel daripada pembaca yang mendakwa budak
Cina, Namawee buat hal lagi. Mereka mendakwa Namawee sengaja mencetuskan
kemarahan orang Melayu apabila menyelitkan adegan orang Cina (lakonan Namawee)
kencing tepi jalan dan terkena sepasang orang Melayu yang menunggang motosikal.
Semasa
adegan ini, menurut pembaca yang menghantar e-mel kepada Siti, seluruh panggung
bergegar dengan gelak ketawa. Katanya, memanglah adegan lawak tapi pedihnya
sampai ulu hati. Apa lagi majoriti penonton itu bukan Melayu.
Ada
orang mempersoalkan kenapa Lembaga Penapis Filem (LPF) tidak memotong adegan
itu? Kata mereka adegan itu dianggap menghina orang Melayu dan boleh
mencetuskan sentimen perkauman. Siti belum menonton filem Kara King arahan
Namawee ini. Tapi kalau benar ada adegan seperti yang didakwa, Siti tidak
menyalahkan LPF.
Malah
berterima kasih kepada LPF kerana mendedahkan satu lagi sikap buruk budak Cina
bernama Namawee ini. Siti berfikiran positif apabila LPF melepaskan adegan itu.
Sekiranya LPF memotong adegan itu, sudah tentu sesetengah pihak tidak tahu
perangai sebenar Namawee yang selalu membuat provokasi terhadap orang Melayu.
Malah
kalau LPF memotong adegan kencing ini, kita pun suka menonton Kara King padahal
pengarahnya mahu menghina orang Melayu. Mahukah kita menipu hakikat itu?
Kita
jangan sama sekali menyalahkan LPF. Yang patut disalahkan adalah pengarah filem
ini kerana menyelitkan adegan yang membawa maksud menghina terhadap orang
Melayu. Kita tidak mahu kerja LPF hanya membersihkan "filem yang kotor
supaya hanya kelihatan bersih".
Sampai
bila kita mahu menipu diri sendiri kononnya tidak ada penghinaan terhadap orang
Melayu oleh sesetengah pengarah bukan Melayu? Sudah sampai masanya kita terima
hakikat dan berfikir bagaimana untuk mengatasinya.
Memanglah
kerja mudah menyalahkan LPF. Dan LPF pula tak ada kuasa untuk mempertahankan
diri terhadap gelagat buruk sesetengah pengarah filem. Tapi menyalahkan LPF
hanya tolong “menyapu bawah karpet" sentimen yang menjadi barah dalam
perpaduan antara kaum di negara ini.
Siti
harap penonton Melayu menonton dan nilaikan sendiri kalau benar wujud adegan
yang didakwa itu. Tapi jangan kecewa kalau selepas ini Namawee terus kebal
daripada tindakan undang-undang.
Bayangkan,
apa yang tidak dicerca Namawee dalam Youtube terhadap kerajaan dan orang
Melayu. Siap meludah lagi bila mempertahankan filem Cina, The New Village yang
sekarang digantung sementara dari tayangan.
No comments:
Post a Comment