24 August 2013

Azizan Angkat Sumpah, Pemimpin Pas Kedah Putih Mata




Penulis sebelum ini pernah mendedahkan mengenai usaha beberapa pimpinan Pas Kedah yang sedang berusaha untuk mendesak agar bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak meletakkan jawatan. Antara alasan yang digunakan ialah mengenai faktor kesihatan Azizan yang tidak mengizinkannya untuk terus berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Limau.

Azizan sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal ekoran kompilasi diabetes yang dihadapi sehingga menyebabkan kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong.


Malah kumpulan tersebut juga dikatakan sibuk menjaja kononnya kegagalan Azizan mempertahankan Kedah di dalam pilihan raya umum yang lalu adalah merupakan satu dosa yang tidak boleh dimaafkan. Tidak cukup dengan itu, mereka juga mendakwa Azizan adalah merupakan pemimpin yang mesra Barisan Nasional (BN).

Tambah menarik, beberapa pemimpin kawasan dari kumpulan tersebut juga dikatakan sedang sibuk melobi sebagai calon Pas sekiranya mereka berjaya mendesak Azizan meletakkan jawatan. Ini kerana sekiranya Azizan meletakan jawatan sebagai ADUN Sungai Limau, Suruhanjaya Pilihan raya terpaksa mengadakan pilihan raya kecil seperti yang termaktub di dalam perlembagaan.

Berbalik kepada isu yang dibangkitkan, ekoran masalah kesihatan yang di hadapi itu, Azizan masih lagi mengangkat sumpah dan alasan itu telah dijadikan alasan untuk untuk mereka terus mendesak agar beliau meletakan jawatan.

Menurutnya Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah, semua ADUN perlu mengangkat sumpah dalam tempoh 3 bulan bermula dari Sidang DUN yang pertama. Menurut rekod, tempoh tersebut akan berakhir pada 23 September 2013.

Namun mereka semua hanya mampu merancang, namun Allah swt adalah sebaik-baik perancang, ini kerana semua usaha dan konspirasi yang dilakukan itu nyata gagal membuahkan hasil. Ini kerana di sebalik kesibukan mereka memburuk-burukkan bekas Pesuruhjaya Kedah itu dalam usaha untuk menjadi calon, media arus perdana hari ini melaporkan Azizan telah pun selesaikan mengangkat sumpah sebagai ADUN.

Upacara angkat sumpah yang diadakan itu disaksikan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah Datuk Md Rozai Safian di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB). Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Speaker Datuk Azmi Che Husain; Setiausaha Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Syed Isa Syed Ibrahim; Penasihat Undang-undang negeri Datuk Anas Ahmad Zakie dan Adun Anak Bukit Datuk Ir Amiruddin Hamzah.

Paling menarik, bagi menutup kebiadaban mereka terhadap Azizan, kesalahan untuk menyingkirkan Azizan itu cuba diletakkan kepada pemimpin Umno bagi mengalihkan tumpuan rakyat Kedah. Namun ternyata semua fitnah yang dilemparkan itu telah memakan diri.

Ini kerana, sekiranya Umno yang bertanggungjawab mengerakkan usaha untuk menyingkirkan Azizan mana mungkin parti itu menguruskan upacara angkat sumpah bagi membolehkan bekas menteri besar itu terus kekal untuk memegang jawatan ADUN. Malah upacara angkat sumpah yang diadakan luar dari kebiasaan itu juga membuktikan kerajaan Kedah pimpinan Datuk Mukhriz Tun Mahathir mengamalkan sikap berbaik sangka dan tidak berdendam dengan mereka yang berlainan ideologi politik.

Kesimpulannya dengan majlis angkat sumpah itu juga, akan membuatkan ramai pemimpin Pas yang berminat untuk menjadi calon parti itu berputih mata!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...