28 August 2013

Kerajaan Perlu Timbang Semula Untuk Wujud 'Syurga Makanan Cina'




Rancangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjadikan Jalan Alor di Bukit Bintang sebagai 'syurga makanan Cina antarabangsa' dengan peruntukan RM12 juta amat dikesali. Tidak terfikirkah pihak DBKL bahawa rancangan itu bakal melenyapkan kunjungan orang Melayu di kawasan berkenaan kerana sudah tentu makanan yang tidak halal akan dijual tanpa sekatan kecuali bagi Melayu (yang memang ramai) yang tak merasa apa-apa kerana pluralisasi yang kian meresap ke dalam jiwa anak muda Melayu.

Jika rancangan ini direalisasikan, kelak pelancong asing akan beranggapan Malaysia adalah seperti Hong Kong. Selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berkobar-kobar ahli politik Barisan Nasional (BN) yang menang tipis dek sokongan orang Melayu menyatakan bahawa orang Melayu akan dibela kerana memberi sokongan kepada BN.


BN sebenarnya tidak pernah ada di hati pengundi Bukit Bintang. Apakah ini satu langkah untuk menarik mereka kembali kepada BN? Lupakan saja angan-angan itu. Adakah semangat berkobar-kobar mereka ibarat minuman bergas yang membuak-buak ketika dibuka tetapi hilang beberapa ketika? Kenapa tidak jadikan syurga makanan tersebut di 'China Town' sahaja?

Sedih saya melihat pentadbir Melayu yang tidak sedar-sedar dan tidak pernah belajar daripada keadaan yang sedang menghimpit orang Melayu bandar ketika ini. Mana agenda kerajaan untuk membangunkan orang Melayu Bandar? Bagi penduduk Bukit Bintang, saya percaya mereka akan terus menjauhi BN kerana tak undi BN pun mereka dibela. Lihat apa dah jadi kepada peniaga kecil Melayu di Pulau Pinang?

Saya amat berharap Perdana Menteri campur tangan agar undi BN tidak akan berkurangan pada PRU-14 kelak dek kecewanya mereka kepada BN.

Usahlah harapkan undi penduduk Bukit Bintang. Malah kalau DBKL nak juga belanjakan duit RM12 juta itu saya cadangkan supaya wang itu digunakan dengan menjadikan Jalan Alor sebagai 'hab makanan halal Malaysia' kerana pengunjung Islam Arab di kawasan berkenaan tidak kurang ramainya di samping memecahkan monopoli orang Cina di situ.

Inilah masanya kita membuktikan kesungguhan kita untuk menjadikan Malaysia sebagai Hab Makanan Halal Dunia.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...