Naib johan program realiti Mentor musim
kelima, Nur Shiha Mohd Zikir atau lebih dikenali sebagai Shiha mengakui kecewa
apabila penjualan album pertamanya yang dipasarkan sejak Ogos tahun lalu tidak
mendapat sambutan memberangsangkan.
“Secara jujur memang Shiha kecewa sangat
kerana menyanyi adalah 100% periuk nasi Shiha. Ada hari Shiha kuat, namun ada
hari Shiha lemah dan menangis kerana terlalu kecewa. Orang tidak tahu
perjalanan karier Shiha sukar, tapi Shiha redha dan anggap belum ada rezeki
Shiha lagi,” ujar Shiha ketika ditemui di Rumah Terbuka Bersamamu di Sri
Pentas, Bandar Utama, baru-baru ini.
“Shiha sendiri tak tahu di mana silapnya
sebab Shiha dah beri yang terbaik untuk album ini. Shiha dah buat banyak
promosi serta hantar lagu Shiha ke beberapa stesen radio. Apapun, Shiha tak
salahkan mana-mana pihak sebagai punca album ini tak laku sebab artis yang dah
lama bertapak pun, bila buat album, ada juga yang tak laku.
Mentor Shiha, Datuk Sharifah Aini pun ada
bagi nasihat dan berkongsi pengalaman yang dia pun merangkak dari bawah sebelum
berada di tahap sekarang. InsyaAllah, Shiha akan berusaha lebih keras lagi
serta akan merangka promosi dengan betul. Shiha juga harap mereka di luar sana
buka mata dan beri peluang kepada Shiha untuk berjaya dalam bidang ini,"
luah Shiha.
Dalam perkembangan lain, bekas pengacara 'Jalan-Jalan Cari Makan' ini turut
memberitahu dalam proses perbincangan dengan pihak rakaman serta pengurusannya,
Monkey Bone dan The 8 Unit untuk menghasilkan single terbaru tidak lama lagi.
No comments:
Post a Comment