31 August 2013

Lagi Penghinaan Terhadap Islam – Kini Di Publika Sri Hartamas




Baru selesai membuat laporan polis berhubung satu lagi penghinaan terhadap Islam. Ini merujuk kepada satu pameran seni lukis di Publika-Solaris Sri Hartamas, tingkat G2 di kawasan ruang legar.

Pameran bertajuk Pameran Seni M50 – Selamat Hari Malaysia anjuran Artemis Art KL mempamerkan salah seorang pelukis bernama Anurendra Jegadeva dengan tema lukisan ”ABC For The Middle – Age Middle Classes”. Salah satu lukisannya melakarkan mesej penghinaan dengan menyebut “I for Idiot” (seolah-olah menyatakan Islam itu untuk orang bodoh) beserta dengan tulisan khat basmallah terbalik di bawahnya – yang jelas menunjukkan unsur niat yang jahat oleh pelukis tersebut. Manakala untuk J dan K pula di buat “J for Jesus” dan “K for Krisna” – tanpa ada sebarang unsur penghinaan.



Kita meminta pihak polis menjalankan siasatan ke atas beliau serta penganjur pameran seni tersebut seterusnya mengambil tindakan sewajarnya.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...