31 August 2013

‘Bapa Munafik Negara’ Terdesak, Ajak Kerajaan BN Dialog




Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyifatkan cadangan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan dialog terbuka bagi membincangkan isu kebangsaan sebagai satu tindakan terdesak.

Beliau berkata Anwar semakin ketandusan idea setelah usahanya mengadakan demonstrasi menentang keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak membuahkan hasil bahkan keputusan mahkamah berhubung petisyen pilihan raya juga tidak memihak kepada pembangkang.
   

"Kita sentiasa terbuka tetapi apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak setelah selesai PRU13, beliau menyeru kepada perpaduan nasional, ketika itu tiada usaha daripada ketua pembangkang sebaliknya diadakan beberapa siri demonstrasi, pertikaian keputusan PRU13 sehingga masuk mahkamah.
   
"Kita tidak ada masalah untuk berdialog tetapi jangan cuba menampakkan beliaulah (Anwar) yang nak menyatupadukan negara ini. Kita kena tahu apakah terma rujukan dialog itu, nak ada dialog mesti ikhlas," katanya kepada pemberita semasa majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 'Merdeka Raya' di ibunegara hari ini.
   
Anwar hari ini mengajak diadakan sebuah dialog terbuka yang akan berlangsung secara telus dan kondusif antara kerajaan dan pembangkang bagi membincangkan isu kebangsaan yang perlu ditangani.
   
Bagaimanapun, katanya, seruan dialog itu tidak sama dengan cadangan penubuhan kerajaan perpaduan yang pernah menjadi isu hangat sebelum ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...