Sukacita saya merujuk kepada rencana bertajuk
Ulama Sunni Syok Sendiri? Utusan Malaysia, Selasa 20 Ogos 2013, yang
berdasarkan pandangan Datuk Ahmad Faris Abdul Halim. Setelah membaca rencana
tersebut saya membuat kesimpulan bahawa Ahmad tidak mempunyai maklumat lengkap
mengenai sejarah dan ajaran agama Syiah serta psikologi penganutnya, lantas dia
mencadangkan supaya diadakan dialog antara Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan
penganut Syiah.
Dialog antara Ahli Sunnah dengan Syiah bukan
perkara baru. Dia menuduh ustaz-ustaz Sunni tak berani berdepan dengan puak
Syiah. Dialog seperti cadangan Ahmad itu pernah dibuat di zaman klasik Islam
lagi, kemudian di zaman moden ini, diusahakan oleh Muhibuddin al-Khatib di
Mesir sekitar tahun 1950-an, kemudian di India dan beberapa tahun lepas, dialog
antara Syaikh Yusuf al-Qardhawi dengan Rafsanjani bekas Presiden Iran, di TV Al
Jazeera.
Semua dialog itu gagal! Sebab apa? Sebabnya
premis mereka berbeza daripada premis Sunni dan lagi, perangai mereka seperti
Yahudi iaitu berbohong, putar belit dan khianat kepada persetujuan! Saya ingin
bertanya Ahmad. Dalam dialog itu, kita nak mula daripada premis apa? Sudah
tentu sebagai seorang Muslim kita wajib bertolak dari premis 'Aqaid dalam semua
struktur, dimensi dan perspektif.
Mungkin Ahmad atau orang lain akan berkata,
dalam sesuatu dialog, kita tidak boleh kenakan sebarang syarat. Perlu diingat,
ini bukan dialog politik tetapi dialog agama, maka mesti dikenakan syarat,
sebab puak Syiah mendakwa ia sebahagian dari Islam.
Sama seperti kita berdialog dengan penganut
ajaran sesat yang lain seperti Arqam, Ayah Pin, Qadyani dan lain-lain. Kita
mesti dikenakan syarat. Antara syaratnya ialah mereka mesti menerima para
Sahabat dan para isteri Nabi SAW sebagai sumber dan faktor dominan Islam kerana
merekalah sebenarnya yang membina epistemologi al-Islam yang berteraskan kepada
al-Hadith al-Nabawiyyah yang menjadi dasar al-Islam bersama al-Quran.
Satu perkara yang Ahmad lupa mengenai
perangai ulama Syiah ialah mereka ini pembohong dan pemutar belit. Cuba anda
lihat kepada kes dialog menerusi surat menyurat antara Syaikh Salim al-Bisyir,
bekas Rektor al-Azhar dengan Musavi Syiah Lebanon tidak dahulu. Selepas
kematian Salim al-Bisyir, Musavi menerbitkan buku bernama al-Muraja'at
berdasarkan surat menyurat tersebut.
Kenapa selepas kematian Bisyir? Sebabnya,
Musavi yang kalah dalam berhujah itu membuat manipulasi dan mengubah isi
kandungan surat-menyurat tersebut sehingga menampakkan kepada ramai bahawa
al-Bisyir kalah dalam berhujah dan dia menang.
Adalah tidak masuk akal yang sihat, Rektor
al-Azhar boleh kalah hujah. Yang sebenarnya Musavi mahu tutup malu oleh sebab
kekalahannya dengan membuat penipuan dan manipulasi. Itu adalah perangai ulama
Syiah - menipu. Menipu menjadi doktrin agama mereka yang bernama taqiyyah dan
kitman.
Ahmad menuduh ustaz-ustaz Sunni syok sendiri
dan tidak dapat berhujah dengan mantap dan tidak menggunakan sumber-sumber
Syiah sendiri. Adakah Ahmad sudah meneliti semua hujah yang diberi oleh
ustaz-ustaz Sunni?
Jika diteliti kenyataan-kenyataan bertulis
dalam media khususnya Utusan Malaysia misalnya, ustaz-ustaz kita itu berhujah
cukup mantap kecuali bagi orang Syiah. Seperti kaum Musyrikin Mekah, mereka
menolak hujah Nabi SAW walaupun hujah tersebut seperti terangnya matahari di
tengah kepala!
Memanglah puak Syiah hilang daya intelektual
dan ilmiah mereka kerana berpegang kepada dalil khurafat daripada buku-buku
Kulayni atau Khomeini yang penuh dengan tahayul dan khayalan. Dalam berhujah,
ustaz-ustaz Sunni memang memetik daripada kitab-kitab muktabar Syiah seperti
Usul al-Kafi dan juga karya Khomeini sendiri. Kitab mana lagi dari literatur
penting Syiah yang Ahmad hendak ustaz-ustaz kita itu rujuk? Tolong senaraikan.
Mualana Nu'mani misalnya, merujuk sekitar 200
buah kitab Syiah sekadar mahu menghasilkan sebuah buku yang tebalnya kira-kira
100 helai sahaja! Tulisan Maulana Nu'mani ada diterjemahkan ke dalam bahasa
Melayu dan golongan Sunni terbitkan dalam tahun 1980-an.
Dalam suatu seminar pada tahun 1980-an
dahulu, Ahli Sunnah membongkar kesesatan ajaran Syiah berdasarkan karya
autentik mereka sendiri. Ustaz-ustaz kita tidak dengar cakap orang semata-mata
seperti dakwaan Ahmad. Saya percaya Ahmad tidak mengikuti perkembangan wacana
mengenai kesesatan Syiah yang dibuat sejak tahun-tahun 1980-an lagi di serata
ceruk Malaysia atau Ahmad termakan umpan Syiah?
Ahmad amat keliru mengenai al-Quran versi
Syiah. Dia menuduh ustaz-ustaz Sunni membuat spekulasi kerana mengambil
daripada sumber dengar cakap. Jika Ahmad ulang tengok dalam akhbar Utusan
Malaysia, mengenai kesesatan ajaran Syiah, jelas penulis rencana tersebut
menyebut sumber rujukan yang diambil dalam membuat kenyataan yang Quran Syiah
berbeza daripada al-Quran pegangan kaum Muslimin. Sila Ahmad rujuk Utusan Malaysia
beberapa minggu lepas.
Yang pasti Ahmad tidak membaca
literatur-literatur Syiah berkaitan dengan al-Quran ini. Saya cadangkan Ahmad
baca wasiat Khomeini dan di sana, anda akan dapati Khomeini sedang menunggu
Mushaf Fatimah yang akan dibawa keluar oleh imam mereka yang kedua belas itu.
Sila baca juga kitab besar Syiah seperti Usul al-Kafi karya Kulayni dan Fasl
al-Khitab karya Husin al-Tabarsi kalau nak tahu lebih lanjut, apa yang mereka
kata kepada Mushaf 'Uthman pegangan orang Islam.
Ahmad berkata perlu kita kenal pasti aliran
Syiah mana yang berkembang di Malaysia, yang melampau dan yang akan
mengganggu-gugat keamanan, keharmonian dan kestabilan negara. Perlu disedari
bahawa, semua Syiah adalah bersifat melampau dan mengancam keselamatan dan
keharmonian masyarakat Islam terutamanya dari segi akidah, syariah dan akhlak.
Ulama Islam tidak membezakan jenis-jenis
Syiah kecuali Syiah Mufaddaliyyah atau firqah Zaidiyyah yang tidak mengkafirkan
Sahabat. (Bukan semua Zaidiyah diterima kerana ada firqah Zaidiyah yang
ditolak).
Elok Ahmad meneliti kitab klasik Sunni
seperti Maqolat Islamiyyin, al-Farq baynal Firaq, Tabsir fi'd-din dan
lain-lain. Bahkan sila Ahmad tengok sendiri buku Khomeini al-Hukumah
al-Islamiyyah yang meletakkan ketinggian imam mereka melebihi para Nabi.
Bukankah ini melampau? Ini sebenarnya suatu penghinaan kepada para Nabi.
Ahmad benar-benar tidak faham mengenai
ajaran-ajaran Syiah apabila dia menyentuh perbuatan sujud di atas tanah yang
dikatakannya pelbagai hujah telah diberi oleh Syiah. Bukan sahaja sujud atas
tanah Karbala, bahkan banyak lagi perbuatan dan iktikad Syiah yang mereka kata
berdasarkan hujah.
Memang benar mereka kemukakan dalil dan hujah
tetapi perlu difahami bahawa ajaran sesat di Malaysia pun memberi dalil dan
hujah tetapi dalil dan hujah mereka itu adalah berdasarkan tahyul dan khurafat
semata-mata. Saya suka tegaskan sekali
lagi bahawa dialog dengan Syiah adalah tidak berfaedah. Justeru tidak perlu
diadakan, memandangkan mereka mempunyai sistem akidah dan Syariah tersendiri
seperti Kristian, Baha'i, Ahmadiyah dan lain-lain. Dan juga kerana sifat
kedegilan mereka untuk menerima hujah dan kebenaran.
Kita guna pakai peraturan sedia ada dalam
menangani isu penyebaran ajaran Syiah ini dan dalam masa yang sama, kita
perkasakan wacana keilmuan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
No comments:
Post a Comment