Oleh : Herman Hamid
Mohamed Aboutrika
merupakan bintang bola sepak Mesir. Jika di Perancis, populariti penyerang
kelab Al-Ahly berusia 34 tahun itu boleh dianggap setaraf dengan Zinedine
Zidane. Disayangi peminat dan dikagumi lawan. Namun, beliau kini dikaitkan
dengan sokongan kepada bekas Presiden, Mohammed Mursi dan pergerakan Ikhwanul
Muslimin yang didakwa pemerintah sementara sebagai pertubuhan yang mempunyai
kaitan keganasan.
Berikutan itu, media
banyak melaporkan kecaman peminat terhadap bekas Pemain Terbaik Afrika sebanyak
tiga kali itu walaupun sumbangan beliau kepada pasukan kebangsaan negaranya
cukup besar. Ternyata kerana tindakannya itu, sayang peminat kepada Aboutrika
kini berbelah bahagi dengan wujud kelompok yang membencinya. Begitulah besar
jurang perpaduan rakyat Mesir hanya kerana fahaman politik yang kini berlarutan
lebih dua bulan.