Showing posts with label Mesir. Show all posts
Showing posts with label Mesir. Show all posts

04 September 2013

Rakyat Mesir Keliru Mencari Hala Tuju Demokrasi




Oleh : Herman Hamid

Mohamed Aboutrika merupakan bintang bola sepak Mesir. Jika di Perancis, populariti penyerang kelab Al-Ahly berusia 34 tahun itu boleh dianggap setaraf dengan Zinedine Zidane. Disayangi peminat dan dikagumi lawan. Namun, beliau kini dikaitkan dengan sokongan kepada bekas Presiden, Mohammed Mursi dan pergerakan Ikhwanul Muslimin yang didakwa pemerintah sementara sebagai pertubuhan yang mempunyai kaitan keganasan.

Berikutan itu, media banyak melaporkan kecaman peminat terhadap bekas Pemain Terbaik Afrika sebanyak tiga kali itu walaupun sumbangan beliau kepada pasukan kebangsaan negaranya cukup besar. Ternyata kerana tindakannya itu, sayang peminat kepada Aboutrika kini berbelah bahagi dengan wujud kelompok yang membencinya. Begitulah besar jurang perpaduan rakyat Mesir hanya kerana fahaman politik yang kini berlarutan lebih dua bulan.

Lebih Baik Negara Aman!




Oleh : Khairol Anuar Masuan

Tentunya menjadi kebimbangan di hati semua ibu bapa yang menghantar anak mereka ke Mesir. Apatah lagi perkembangan terbaru menunjukkan bumi Mesir semakin tidak menentu. Bekalan makanan di sana terutamanya di sekitar Kaherah dilaporkan sudah mula berkurangan.

Segala urusan harian yang dianggap mudah dahulunya semakin menjadi sukar. Namun begitu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, telah memberikan arahan agar pelajar-pelajar kita di Mesir dibawa pulang. Ini mengulangi Ops Piramid yang pernah dilaksanakan pada tahun 2011, apabila kekacauan yang hampir sama berlaku.

Rakyat Mesir Semakin Bosan




Oleh : Herman Hamid

Lambang 'R4bia' atau jari empat memang cukup popular ketika ini dalam kalangan penyokong bekas Presiden, Mohammed Mursi termasuk di Malaysia. Lambang itu merujuk kepada Dataran Rabaah yang bermaksud empat iaitu lokasi tragedi berdarah 14 Ogos lalu di Masjid Rabiatul Adawiyah.

Namun sepanjang lebih seminggu berada di Kaherah, tidak sekali pun penulis dapat melihat rakyatnya memakai baju berlambangkan 'R4bia' mahu pun mana-mana kenderaan yang mempunyai pelekat simbol tersebut kecuali pada hari perhimpunan jalanan yang biasanya berlangsung setiap Jumaat.

03 September 2013

Al-Azhar: Satu Kebanggaan, Harapan




Oleh : Dr Ismail Ibrahim

Saya bersama empat orang kawan kelulusan Kolej Islam Malaya (KIK) melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Azhar dalam tahun 1962, iaitu merupakan penerima biasiswa pertama Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Kami kelulusan Sijil Tertinggi Kolej Islam Malaya pada masa itu telah diiktiraf oleh al-Azhar sebagai pemegang Ijazah Pertamanya, oleh itu kami diterima untuk meneruskan pengajian di dalam program Pengajian Siswazah bagi mendapatkan ijazah Sarjana Lengkap (MA).

Kami berlima, Allahyarham Tan Sri Abdul Hamid Othman, Ustaz Ismail Arifin dan Dr. Kasim Salleh, saya dan Ustaz Ahmad Awang, telah berjaya mendapatkan ijazah Sarjana dari al-Azhar, satu kebanggaan bagi pelajar Tanah Melayu dan kelulusan Kolej Islam Malaya.

29 August 2013

Universiti Al-Azhar Ke Malaysia





Malaysia bakal mencipta sejarah dunia apabila Universiti Al-Azhar, Mesir memilih untuk membuka cawangan pertamanya di negara ini. Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, cawangan Universiti Al-Azhar itu akan memulakan operasinya di kampus sementara dekat Nilai, Negeri Sembilan pada September tahun depan.

Katanya, kampus tetap akan dibina di Seri Menanti juga di Negeri Sembilan dan bakal dikenali sebagai Universiti Al-Azhar Kampus Tuanku Muhriz. Menurutnya, pemilihan Malaysia itu merupakan pengiktirafan terhadap sistem pemerintahan dan kepimpinan negara yang mengamalkan konsep wasatiyyah (kesederhanaan) dalam pentadbiran.

28 August 2013

Dunia Islam Perlu Model Kepemimpinan Baru




Oleh : Dr Muhamad Razak Idris

Konflik politik yang terjadi di beberapa negara Islam sejak kebelakangan ini menyerlahkan secara langsung realiti kelemahan sistem kepemimpinan dunia Islam semasa. Aspek kepemimpinan ini memang telah disedari dari awal oleh sarjana dan pemikir Muslim sebagai satu bidang yang mesti diberi keutamaan yang tinggi untuk ditangani.

Misalnya, penelitian terhadap pemikiran Jamaluddin al-Afghani, sarjana Muslim pada sekitar abad ke-19, berhubung gagasan ‘pan Islamisme’, menemukan kita mengenai kepentingan idea kesatuan dunia Islam berada di bawah satu payung kepemimpinan dipertahankan dan diperkasakan. Cabaran dunia Islam pada waktu itu berhadapan dengan pencerobohan penjajah di tanah air mereka, pada pandangan Jamaluddin, menuntut sistem kepemimpinan berasaskan khalifah diperkukuhkan.

Isu Dialog Sunnah-Syiah




Sukacita saya merujuk kepada rencana bertajuk Ulama Sunni Syok Sendiri? Utusan Malaysia, Selasa 20 Ogos 2013, yang berdasarkan pandangan Datuk Ahmad Faris Abdul Halim. Setelah membaca rencana tersebut saya membuat kesimpulan bahawa Ahmad tidak mempunyai maklumat lengkap mengenai sejarah dan ajaran agama Syiah serta psikologi penganutnya, lantas dia mencadangkan supaya diadakan dialog antara Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan penganut Syiah.

Dialog antara Ahli Sunnah dengan Syiah bukan perkara baru. Dia menuduh ustaz-ustaz Sunni tak berani berdepan dengan puak Syiah. Dialog seperti cadangan Ahmad itu pernah dibuat di zaman klasik Islam lagi, kemudian di zaman moden ini, diusahakan oleh Muhibuddin al-Khatib di Mesir sekitar tahun 1950-an, kemudian di India dan beberapa tahun lepas, dialog antara Syaikh Yusuf al-Qardhawi dengan Rafsanjani bekas Presiden Iran, di TV Al Jazeera.

Minda Rakyat Juga Perlu Merdeka Sepenuhnya




Tahun ini sekali lagi kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan iaitu yang ke-56 dalam keadaan yang jauh lebih aman dan selamat berbanding beberapa buah negara luar seperti Mesir, Syria, Iraq mahupun Palestin yang terus bergolak. Hakikatnya kita telah merdeka secara fizikal sejak 56 tahun yang lalu dan saya percaya kita masih mampu untuk mempertahankannya. Buktinya kita tidak perlu takut dan mengikut telunjuk dan arahan orang luar dalam apa jua keadaan sekalipun. Negara kita terus kekal berdaulat dan bermaruah.

Rakyat juga bebas melakukan apa saja asalkan mengikut lunas undang-undang yang telah ditetapkan. Persoalannya sekarang adakah minda rakyat kita sudah merdeka selari dengan kemerdekaan fizikal yang telah kita perolehi sekian lama?

26 August 2013

Darah Mana Tidak Mendidih?


Oleh : Tan Sri Abdullah Ahmad

Dulu Nasser 'suara, simbol' Arab, salah hitung jadi Mesir, waspada TPP! Pesta Aidilfitri yang berterusan tidak dapat mengurangkan kesedihan saya melihat bumi Mesir, Syria, Iraq, Libya, Afghanistan, Kashmir, Pakistan, Bahrain dan Myanmar terus menerus berdarah; mereka seagama dan yang lain turut tanpa berhenti dilumuri darah. Hati mana kecuali hati batu yang tidak hancur?

Darah mana tidak mendidih kecuali darah beku? Sebab peristiwa berdarah di Mesir, saya menangguhkan menulis episod kedua kisah elBadawi dan 'buku'nya. Apa pun tegas seorang editor Cina kepada saya di Rumah Terbuka Aidilfitri CIMB Isnin lepas: "penyunting, penyokong elBadawi gagal mencapai objektif yang dingini mereka; buku mereka misfired completely- betul-betul tak mengena!"

25 August 2013

Kenyataan PM Mengenai ASWJ, Perlu Dipuji




Ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu terkandung perkara-perkara dasar mengenai Islam dan umat Islam tidak sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia. Ia sangat menarik untuk diteliti kerana fokus ucapan beliau itu adalah betapa pentingnya fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah diperkasa di Malaysia sebagai jawapan terbaik ke arah wahdah atau perpaduan dalam kalangan umat.

Secara langsung ucapan itu menghubungkan dengan pengaruh Syiah yang sedang menular di Malaysia. Ia adalah penegasan penting penolakan kerajaan terhadap ajaran Syiah yang boleh membawa perpecahan di kalangan warga umat. Kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Abdul Rahim Mohd. Radzi baru-baru ini dengan menyatakan terdapat 250,000 pengikut Syiah di Malaysia adalah sesuatu yang membimbangkan dan sifatnya mengancam.

02 June 2012

PERBEZAAN ANTARA KEBANGKITAN DAN KEGANASAN


PADA 2 Februari 2011, stesen televisyen satelit Al Jazeera menyiarkan kenyataan Dr. Yusof Qardhawi mengenai rusuhan di Mesir sebagai 'wajib disertai rakyat yang sihat dan mereka yang mati ketika berdemonstrasi sebagai syahid'. Ketika itu, kenyataan Dr. Yusof dilihat sebagai pandangan khusus yang merujuk pada suasana politik Mesir, yang sedang melalui masa yang sangat genting. Sebagai Ketua Ulama Islam Sedunia, ucapan itu disiarkan dua hari sebelum menjelangnya Perarakan Jutaan Umat di Dataran Tahrir, Kaherah yang dianjurkan untuk mendesak Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan. Itu isu lama yang berlaku lebih setahun lalu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...