Oleh : Dr Muhamad Razak Idris
Konflik politik yang terjadi di beberapa
negara Islam sejak kebelakangan ini menyerlahkan secara langsung realiti
kelemahan sistem kepemimpinan dunia Islam semasa. Aspek kepemimpinan ini memang
telah disedari dari awal oleh sarjana dan pemikir Muslim sebagai satu bidang
yang mesti diberi keutamaan yang tinggi untuk ditangani.
Misalnya, penelitian terhadap pemikiran
Jamaluddin al-Afghani, sarjana Muslim pada sekitar abad ke-19, berhubung
gagasan ‘pan Islamisme’, menemukan
kita mengenai kepentingan idea kesatuan dunia Islam berada di bawah satu payung
kepemimpinan dipertahankan dan diperkasakan. Cabaran dunia Islam pada waktu itu
berhadapan dengan pencerobohan penjajah di tanah air mereka, pada pandangan
Jamaluddin, menuntut sistem kepemimpinan berasaskan khalifah diperkukuhkan.