Showing posts with label Nabi SAW. Show all posts
Showing posts with label Nabi SAW. Show all posts

28 August 2013

Isu Dialog Sunnah-Syiah




Sukacita saya merujuk kepada rencana bertajuk Ulama Sunni Syok Sendiri? Utusan Malaysia, Selasa 20 Ogos 2013, yang berdasarkan pandangan Datuk Ahmad Faris Abdul Halim. Setelah membaca rencana tersebut saya membuat kesimpulan bahawa Ahmad tidak mempunyai maklumat lengkap mengenai sejarah dan ajaran agama Syiah serta psikologi penganutnya, lantas dia mencadangkan supaya diadakan dialog antara Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan penganut Syiah.

Dialog antara Ahli Sunnah dengan Syiah bukan perkara baru. Dia menuduh ustaz-ustaz Sunni tak berani berdepan dengan puak Syiah. Dialog seperti cadangan Ahmad itu pernah dibuat di zaman klasik Islam lagi, kemudian di zaman moden ini, diusahakan oleh Muhibuddin al-Khatib di Mesir sekitar tahun 1950-an, kemudian di India dan beberapa tahun lepas, dialog antara Syaikh Yusuf al-Qardhawi dengan Rafsanjani bekas Presiden Iran, di TV Al Jazeera.

26 August 2013

Mati Syahid: Syarat Dan Penghalang




Oleh : Fathul Bari

Syahid adalah kemuliaan yang besar daripada ALLAH. Tiada apa dapat menghalang orang yang syahid dari masuk syurga seperti mana sabda Nabi SAW, “Yang terbunuh di jalan ALLAH akan dihapus semua dosanya kecuali hutang.” (Riwayat Muslim). Antara syarat utama syahid adalah iman kepada ALLAH dan RasulNya dengan sebenar-benar iman dan menjauhi segala kesyirikan yang menjadi punca terbatalnya seluruh amal.

Firman ALLAH, “Barang siapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal soleh dan janganlah dia menyekutukan apa pun dalam ibadat kepada Tuhannya.” (Al-Kahf: 110)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...