Oleh : Nile Bowie (Penganalisis politik dan
juga seorang jurugambar)
Dipetik dari : Russia Today
Dalam situasi Malaysia yang sedang berhadapan
dengan pilihanraya paling sengit dalam sejarah, seorang tokoh pembangkang
terkemuka telah dikatakan mendapat bantuan dana dari Amerika Syarikat bagi
mengadakan siri tunjuk perasaan selain penyaluran dana kepada parti-parti
pembangkang.
Pada awal bulan Mei 2013, Malaysia berhadapan
dengan satu pilihanraya paling kompetitif sejak Malaysia mencapai kemerdekaan.
Barisan Nasional yang telah menjadi kerajaan sejak negara Malaysia mendapat
Kemerdekaan pada tahun 1957 akan disaingi oleh Pakatan Rakyat yang telah menerima bantuan, latihan dan pembiayaan dari
yayasan yang dibiayai oleh kerajaan Amerika Syarikat.