30 August 2013

Anwar 'Kecut Telur' Pasal Isu Bank Leak



Menurut Azizah, suaminya ini merupakan 'ANUgerah Tuhan'
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim seolah-olah mahu menafikan hak pengundi di Permatang Pauh untuk mengetahui hal sebenar berhubung kandungan surat misteri Bank Leak yang dikaitkan dengan beliau apabila masih gagal memberi penjelasan mengenai perkara itu.

Bekas Setiausaha Sulit beliau, Anuar Shaari melontarkan persoalan sama ada Anwar mahu berselindung di sebalik laporan polis yang dibuatnya dan terus menyalahkan pihak lain tentang isu itu.


Berikut adalah kenyataan Anuar :

“Saya amat hairan mengapa Anwar masih berdiam diri hingga kini dalam isu surat misteri BankLeak yang mendedahkan enam akaun milik beliau.

“Beliau juga gagal untuk memberi penjelasan menyakinkan kepada pengundi di Permatang Pauh, sebaliknya terus menyalahkan pihak lain tentang isu ini. Beliau seolah-olah mahu menafikan hak pengundi yang mahu tahu kebenaran dalam kandungan surat misteri tersebut.

“Adakah Anwar mahu berselindung di sebalik laporan polis yang telah beliau buat dengan cubaan menutup mulut pengundi Permatang Pauh dan rakyat Malaysia amnya.

“Jika beliau sentiasa mencabar pihak lain bagi mendedahkan kebenaran, inilah kesempatan terbaik menunjukkan beliau pemimpin yang 'cakap serupa bikin'. Janganlah bersikap 'putar alam' dengan cuba mengalihkan isu pokok yang berkaitan dirinya.

“Saya juga ulangi cabaran kepada Anwar agar memberi kebenaran bertulis kepada Bank Negara Malaysia untuk media dan pihak berkuasa menyiasat dan mendedahkan kandungan surat misteri itu jika beliau tiada apa yang mahu disembunyikan.

“Ini kerana rakyat Malaysia amat teruja untuk mengetahui hasil siasatan surat misteri tersebut bagi membolehkan mereka menilai pemimpin 'anugerah Tuhan' itu” tegas Anuar Shaari.

Kesimpulannya Anwar sudah “kecut telur” berhubung isu ini, sama-sama kita saksikan drama dan sandiwara ‘Bapa Penipu Negara’ ini dalam berdepan dengan isu Bank Leak.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...