![]() |
Menurut Azizah, suaminya ini merupakan 'ANUgerah Tuhan' |
Ketua Pembangkang, Datuk Seri
Anwar Ibrahim seolah-olah mahu menafikan hak pengundi di Permatang Pauh untuk
mengetahui hal sebenar berhubung kandungan surat misteri Bank Leak yang
dikaitkan dengan beliau apabila masih gagal memberi penjelasan mengenai perkara
itu.
Bekas Setiausaha Sulit beliau,
Anuar Shaari melontarkan persoalan sama ada Anwar mahu berselindung di sebalik
laporan polis yang dibuatnya dan terus menyalahkan pihak lain tentang isu itu.