Showing posts with label Youtube. Show all posts
Showing posts with label Youtube. Show all posts

08 September 2013

Putus Kepala Dilibas Helikopter




Seorang lelaki berusia 19 tahun tahun terpenggal diri sendiri dengan helikopter kawalan jarak jauhnya. Roman Pirozek Jr bermain dengan helikopternya di sebuah taman di Brooklyn kelmarin apabila dia gagal mengawal dan menyebabkan helikopter itu menerjah dan melibas kepalanya.

Kipas itu membelah sebahagian kepalanya sebelum melibas lehernya. Pirozek peminat tegar model helikopter dan menjadi naib presiden kelab hobi tempatan. Dia sering memuat naik video menunjukkan dia bermain helikopter di YouTube.

26 August 2013

Babak Air Kencing Cina Kena Melayu Jadi Bahan Lawak



Beberapa hari lalu Siti menerima beberapa e-mel daripada pembaca yang mendakwa budak Cina, Namawee buat hal lagi. Mereka mendakwa Namawee sengaja mencetuskan kemarahan orang Melayu apabila menyelitkan adegan orang Cina (lakonan Namawee) kencing tepi jalan dan terkena sepasang orang Melayu yang menunggang motosikal.

Semasa adegan ini, menurut pembaca yang menghantar e-mel kepada Siti, seluruh panggung bergegar dengan gelak ketawa. Katanya, memanglah adegan lawak tapi pedihnya sampai ulu hati. Apa lagi majoriti penonton itu bukan Melayu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...