Minyak diesel yang dibuang ke dalam longkang adalah punca masalah gangguan air di Kuala Lumpur dan Selangor |
Loji Sungai Selangor
(SSP) 1, 2 dan 3 kembali beroperasi semula bermula awal pagi ini selepas
ditutup sementara semalam. Bermula 12.30 tengah malam hingga 1.30 pagi tadi,
SSP1 dan SSP3 kembali beroperasi secara berperingkat setelah pencemaran berjaya
dikawal dan kakitangan serta pegawai yang bertugas mengenal pasti tiada lagi
kesan minyak.
Pada jam 4 pagi
sehingga 6 pagi tadi, pengeluaran air di SSP1 dan SPP3 telah meningkatkan tahap
rizab air mentah sebanyak 5 meter. Bekalan air bersih kepada pengguna dijangka
akan pulih secara berperingkat selepas tengahari ini.
Jabatan Alam Sekitar,
LUAS dan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (SPLASH) telah menjejaki punca
pencemaran ke sebuah pusat selenggaraan lori sampah di Rawang yang mana
siasatan awal menunjukkan minyak diesel terpakai dibuang ke longkang dan
dibiarkan mengalir ke sungai.
Majlis Perbandaran
Selayang telah pun menyita premis berkenaan dan perintah berhenti kerja telah
pun dikeluarkan.
1 comment:
Rupanya diesel dari bengkel selenggara lori sampah le ya !
Sebagai menambah ilmu pengetahuan tentang sumber air, silalah baca ulasan saya ini,"Memahami sistem perbekalan air di Lembah Kelang dan projek Langat 2 serta isu-isu berkaitan".
http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/05/memahami-sistem-perbekalan-air-di.html
Post a Comment