04 September 2013

‘Sasterawan NERAKA’, @asamadsaid Ditangkap Polis




A Samad Said ditahan polis di rumahnya di Bangsar, kira-kira jam 12.40 pagi tadi dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur untuk membantu siasatan berhubung pengibaran bendera Sang Saka Malaya. Dia dikatakan disoal siasat selama hampir dua jam selepas tiga anggota polis mengambilnya di rumah berhubung insiden pada malam ambang kemerdekaan ke-56 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

“Pak Samad dibebaskan kira-kira jam 2.30 pagi selepas keterangannya diambil,” kata ‘anak ikan Anwar', Adam Adli.

Samad diwakili peguam, Latheefa Koyak dan Eric Paulsen.

Sebelum ini, polis turut menahan dan menyoal siasat ‘gay tua’ Hishamuddin Rais dan Adam Adli di bawah Akta Hasutan 1948 semalam. Insiden kibaran bendera Sang Saka Malaya itu turut tersebar dalam laman sosial Youtube.

Berlaku ketegangan apabila kelibat seorang pemuda yang ‘menyekolahkan’ kumpulan ‘lembu-lembu’ tersebut berkata "Itu bendera Malaysia."

Selain itu, tiga NGO membuat laporan polis berhubung insiden itu.

Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIM) dan Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul manakala Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) menggesa polis mengenakan tindakan tegas mengikut Akta Hasutan terhadap kumpulan ‘lembu-lembu’ yang mengibarkan Sang Saka Malaya.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...