Sesi perbahasan Dewan Rakyat pada semalam sedikit hangat, apabila YB Datuk Ibrahim Ali melabelkan Anwar Ibrahim sebagai Bapa Hipokrit ketika membahaskan usul Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012. Ia di ikuti pula dengan YB Datuk Zulkifli Nordin (Kulim Bandar Baru) yang melabelkan Anwar sebagai ‘selected amnesia’ (penyakit hilang ingatan yang terpilih).
Ini kerana menurut mereka, semenjak dibuang dari kabinet Anwar sering terlupa atau hilang ingatan dengan tindakan-tindakan yang dilakukan olehnya ketika bersama kerajaan suatu ketika dahulu. Menurut mereka lagi, Anwar Ibrahim adalah merupakan orang yang bertanggungjawab berkenaan isu PTPTN yang digembar-gemburkan oleh mahasiswa dokongan pembangkang ini.
Ini kerana, isu ini adalah merupakan sebagai daripada hasil ‘air tangan’ Anwar yang telah diluluskannya ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan suatu ketika dahulu.
Namun apabila ‘dibuang’ dari kabinet, dia seolah-olah lupa dan cuba mengekploitasikan gerakan pelajar dan menghasut mereka untuk bangun menentang kerajaan. Semua ini dilakukan semata-mata kerana kemaruk dan gila kuasa untuk ke Putrajaya. Sedangkan pada ketika ini, mereka-mereka ini sepatutnya menumpukan perhatian yang serius kepada pelajaran.
Hasilnya satu himpunan telah dilakukan pada Sabtu lepas, oleh golongan pelajar dokongan Anwar dan kuncu-kuncunya untuk mendesak kerajaan agar memansuhkan PTPTN dengan memberikan taraf pendidikan percuma kepada golongan mahasiswa di negara ini. Namun begitu, himpunan tersebut di anggap GAGAL kerana tidak mendapat sokongan pelajar secara keseluruhan. Ini kerana himpunan tersebut hanya mampu mengumpulkan sekitar 300 orang.
Yang menjadi persoalannya, andainya benar Anwar berhasrat untuk memberikan pendidikan percuma kepada pelajar mengapakah polisi ini tidak digunapakai di negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan seperti di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan? Atau setidak-tidaknya memberikan tajaan biasiswa penuh kepada seluruh anak-anak negeri di bawah Pakatan yang melanjutkan pelajaran. Baik di institusi pengajian awam mahupun swasta, sama ada di dalam ataupun luar negera.
Namun perkara sedemikian tidak terjadi, ini kerana Anwar sedar ia merupakan satu beban kepada kerajaan. Tambahan pula polisi yang dicadangkan ini langsung tidak masuk akal sama sekali serta tiada rasionalnya. Isu yang dimainkan ini hanyalah merupakan satu lagi retorik Anwar untuk mewujudkan sentimen kebencian di kalangan pelajar kepada kerajaan agar gerakan ini mampu untuk meruntuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui sistem demokrasi seperti yang pernah terjadi di Indonesia dan ‘gerakan arab spring’ suatu ketika dahulu.
Namun PTPTN bukanlah merupakan satu polisi yang zalim dan kejam seperti yang diwar-warkan oleh pembangkang. PTPTN adalah merupakan Skim Pembiayaan Pendidikan yang diwujudkan bertujuan untuk memberi pembiayaan pinjaman pendidikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi. Pembiayaan ini akan membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara hidup di sepanjang tempoh pengajian mereka di IPT. Sekaligus, skim ini membuka lebih banyak peluang kepada semua golongan pelajar untuk melanjutkan pelajaran di peringkat pendidikan tinggi.
Kemudahan pembiayaan ini juga merupakan serampang dua mata kepada golongan pelajar untuk memberikan tumpuan yang khusus kepada pelajaran. Ini kerana kepada mereka-mereka yang berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang membolehkan pembiayaan ini ditukarkan kepada biasiswa. Secara tidak langsung mampu melahirkan golongan belia negara yang mempunyai daya saing dalam menuntut ilmu.
Rata-rata bekas mahasiswa yang ditemui juga mengatakan, walaupun terpaksa membayar balik pinjaman yang diberikan beserta dengan faedah, namun ia dilihat tidak membebankan bagi mereka. Ini kerana golongan bekas pelajar diberi masa sehingga 6 bulan selepas tamat pengajian untuk membayar semula pembiayaan pendidikan. Malah ada juga mereka-mereka yang hanya membayar serendah RM150-300 sebulan
No comments:
Post a Comment