Kecoh seketika bila juak-juak pembangkang, tak menang tangan untuk mempromosikan berita kemasukkan Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Fauzi Shaari ke dalam Pas. Sampai ada yang tergeliat tangan untuk memastikan berita tersebut mendapat liputan yang meluas dengan harapan dapat mempengaruhi pengundi terutama golongan muda dan atas pagar.
Sudah resam pemikiran ortodoks juak-juak Pas mengangkat mereka-mereka yang memasuki parti itu ke tahap yang tertinggi. Seperti drama-drama 'stereotype' sebelum ini, sebaik sahaja menyerahkan borang keahlian, jadual Fauzi akan mula sibuk dengan program-program ceramah baik di kampung mahupun di bandar. Motifnya cuma satu, memburuk-burukkan kerajaan dengan pelbagai isu.
Dan genap 3 bulan roadshow tersebut, Fauzi akan dilantik sebagai 'ayam sambung' bertaraf Ostad aka Ulama Baru seperti yang terjadi kepada ayam-ayam sebelum ini seperti Ostad Bob Lokman, Ostadzah Aisyah dan sebagainya.
Ini kerana taraf ostad di Malaysia, cukup mudah untuk diperolehi tanpa perlu belajar agama, memadaikan dengan memasuki Pas dan ceramah maki hamun selama 3 bulan. Yang seronok, kalau dulu hanya PAS yang diberikan authority untuk memberikan gelaran tersebut, namun sekarang tugas itu turut dikongsi bersama-sama rakan kongsi yang lain seperti PKR dan DAP.
Cubu rujuk ceramah-ceramah PKR dan DAP yang melambak dalam youtube, memadai membaca sepotong ayat al-quran (walaupun idgham dan tajwid bersepah) maka akan disambut dengan laungan Allahu Akhbar. Dan sekiranya ditanya atau diminta memberikan komen, maka tok-tok guru dalam Pas akan mengatakan ia sebagai bukti TARBIAH Pas telah meresapi ke dalam pakatan pembangkang dan orang bukan Islam.
Berbalik kepada Ostad Fauzi Shaari (to be), menurut rakan-rakan dan anggta yang pernah bertugas baik secara langsung atau tidak dengannya mengatakan keputusannya untuk menyertai Pas adalah disebabkan kecewa. Sebaik bersara, ada cakap-cakap yang mengatakan dia kecik hati kerana permohonan untuk dilantik ke dalam jawatan di dalam GLC kerajaan tidak dipenuhi.
Lebih membuatkannya terkilan apabila turut tidak dipertimbangkan untuk dilantik sebagai Duta dan Konsulat. Menurut rekod perkhidmatan juga, sepanjang bertugas dalam PDRM prestasinya tidak begitu memuaskan, maka disebabkan itulah permohonannya di tolak dan tidak dipertimbangan.
Ini kerana seandainya di lantik ke dalam GLC, dan Fauzi gagal memberikan perkhidmatan yang baik maka sudah tentu Pas akan mengunakan seribu satu alasan untuk menyalahkan kerajaan kerana ketidak cekapan mengurus tadbir negara.
Seterusnya, menurut pendedahan yang dibuat oleh Blogger Taiping Mali bukan semua merestui kemasukan Fauzi ke dalam Pas terutama pimpinan di kawasa Batu Kurau. Ini kerana dengan kemasukkan 'ayam sabung' baru ke kawasan Batu Kurau akan menyebabkan Dr Mat Nor Manuty, Ostad Akmal Kamarudin, Nazri Din dan juga Dr Rani.
Ini kerana ia bakal meletakkan mereka-mereka dalam keadaan bahaya, kerana akan dikorbankan bagi memberi laluan kepada 'ayam sambung baru' Pas ini.
Apapun buat Ostad Fauzi, apakah dia terlupa akan jasa-jasa Pas terutama Nuar Berahim yang selama ini menjadikan PDRM sebagai 'punching bag' setiap kali diadakan ceramah? Apakah Ostad Fauzi terlupa dengan kata nista, caci, maki dan hamun yang disemburkan?Lupakah dengan gelaran anjing, barua, babi dan seribu satu kecaman yang dilabelkan kepada polis setiap kali Nuar Berahim 'And The Gang' membuka molot untuk berceramah?
Janganlah kerana beberapa isu, semuanya sejarah hitam yang terpalit itu dilupakan. Hanya sekadar renungan dan selamat beramal.....
No comments:
Post a Comment