19 May 2012

Orang Melayu tak mengaku Melayu


Ada segelintir orang Melayu sudah malu mengaku diri mereka orang Melayu. Sudah nampak orang Melayu yang inginkan sokongan bukan Melayu sanggup membuat pengakuan yang bangsa Melayu itu tidak penting. Tujuan mereka hanya satu, hanya mengharapkan sokongan politik. 

Yang menghairankan kerana mereka yang menjadi pengikutnya tampak begitu taksub sehingga sanggup melihat satu-satunya benteng orang Melayu, iaitu agama Islam dipermainkan dengan diberikan dengan pelbagai terjemahan dan mereka yang berada di situ tidak ada yang berani bersuara.

Begitulah hinanya orang Melayu diletakkan oleh orang lain dan kita sendiri tidak berani mengatakan apa-apa. Sebab apa...,sebab takut nanti hilang sokongan bangsa lain. Tidak cukup dengan penghinaan itu, ada yang tergamak mengatakan Ketuanan Melayu tidak penting. Sebarang dasar yang memberikan pertolongan kepada orang Melayu tidak penting, kerana orang Melayu hari ini sudah tidak perlukan bantuan itu semua. 



Percaya atau tidak, ketika ini sudah ada segelintir Melayu yang berasa segan diri mereka dikenali sebagai orang Melayu, terutama golongan cerdik pandai dan profesional yang telah mengecap nikmat keistimewaan Melayau selama ini. Perkembangan itu amat menyedihkan ditambah lagi ada juga dikalangan orang Melayu yang sudah tidak pandai menggunakan bahasa Melayu.

Lihat saja rakaman 'sidang-sidang media', syarikat-syarikat milik kerajaan yang diketuai orang Melayu. Boleh dikatakan tidak pernah berjalan dalam bahasa Melayu. Maklumlah CEO-CEO tersebut mendapat pendidikan di 'oversea' maka sudah tentu penguasaan bahasa Melayu mereka lemah sekali. Lagi pun, lebih 'style and cool' kalau gunakan bahasa Inggeris.



Sesiapa yang memperjuangkan kepentingan orang Melayu pada hari ini boleh dianggap ketinggalan zaman kerana yang penting hari ini adalah merit. Penjawat awam pun ramai yang enggan mengetengahkan hak dan kepentingan orang Melayu. Sebab itulah, jumlah rungutan kepada Biro Pengaduan Awam tentang penjawat awam yang angkuh bertambah lagi.

Apalah nak jadi dengan orang Melayu yang tak mengaku diri mereka orang Melayu? Kita letakkan saja mereka di sebelah kerana dalam alif ba ta, sekali ba itu bangsa dan kalau sudah tak mahu mengaku bangsa biarkan sajalah. Tidak hairanlah kalau perkara yang lain-lain berkaitan dengan bangsa pun tidak penting lagi bagi mereka seperti budaya, agama dan penggunaan bahasa Melayu.

Tidak mudah untuk memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu, selagi mana mereka yang tidak mahu mengaku orang Melayu ini mengganggu kita dari semasa kesemasa.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...