Akhir-akhir ini PKR Johor mula memberikan sedikit tumpuan kepada kawasan Pengerang Johor. Pemusatan program ini walaupun secara kasarnya adalah merupakan rutin biasa dalam siri ceramah dan kempen 'MENGHASUT RAKYAT' mereka, namun sebenarnya ia bukan seperti yang disangkakan itu.
Terbaru, pakatan pembangkang dilihat seolah-olah 'berkampung' di kawasan yang terpencil ini, dengan pelbagai ceramah dirangka bagi menarik simpati rakyat. Yang lebih mnenghairankan semakin ramai 'nama-nama besar' dalam pakatan menjenguk diri di kawasan ini. Antaranya Er Teck Hua, Chua Jui Meng, Salahuddin Ayub, Azmin Ali, Chegu Bard (opps silap, dia ni harap badan jer besar) dan yang terbaru Anwar sendiri dilaporkan akan turun ke kawasan ini.
Apa yang membuatkan kawasan ini begitu dekat di hati pembangkang? Sedangkan sebelum ini jadual Anwar hanya tertumpu di kawasan-kawasan BN/UMNO yang hitam dan kelabu. Tambahan pula semua aktiviti yang dilakukan sebelum ini hanya mampu mengumpul sekitar 50-200 orang sahaja. Anwar pula seperti diketahui umum hanya akan turun sekiranya hadirin yang hadir mencecah 3000 orang ke atas. Ia bertujuan bagi mengekalkan imejnya yang konon popular di kalangan rakyat serta menjaga imejnya sebagai bakal PM
Oleh itu, apakah yang menyebabkan Anwar begitu berminat dealam mengambil langkah yang berisiko ini?? Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, ia ekoran dari keputusan kerajaan untuk membangun projek RAPID di Pengerang. Oleh itu kononnya atas nama memperjuangkan isu rakyat, mereka cuba tampil sebagai hero.
Apabila dikaji semula, rupanya isu membela rakyat Pengerang sebenarnya bukanlah agenda utama Anwar ia hanya digunakan untuk mengelaburi mata kasar rakyat. Kerana sebagai seorang yang 'opportunist' isu ini terlalu kecil buat dirinya, yang telah diberi gelaran 'Anugerah Tuhan' oleh isteri tercinta.
Isu sebenar yang ingin diperjuangan oleh Anwar ialah pelaburan-pelaburan besar yang telah dibuat oleh 'orang-orang besar' di Singapura. Seterusnya memastikan agar projek RAPID ini gagal bagi memastikan kepentingan industri minyak di Singapura terus terjamin.
Projek pembangunan RAPID di Pengerang yang dilancarkan oleh DYMM Sultan Johor baru-baru ini sambil disaksikan oleh YAB PM adalah merupakan ancaman besar kepada ekonomi Singapura. Oleh yang demikian dengan terbinanya hub dan indsutri minyak di Pengerang ini, ia bakal mengakibatkan Singapura mengalami kerugian berbilion ringgit andai ia diteruskan di Malaysia.
Oleh itu, pendekatan terbaik adalah memastikan agar projek RAPID ini dihalang dari diteruskan. Dan orang yang paling layak memikul tugas ini sudah tentu paling sesuai diberikan kepada 'BAPA PROPAGANDA NEGARA'. Ini kerana Anwar memang diketahui mempunyai hubungan yang akrab dan erat dengan pemimpin politik Singapura melalui akan sebantalnya DAP.
Maka tidak mustahil Anwar 'dibayar' bagi memastikan projek ini gagal dan mendapat tentangan. Jalan terbaik ialah memainkan sentimen di kalangan rakyat bagi mengelaburi mata dengan isu yang sebenar. Oleh itu sekiranya isu ini berjaya perjuangan, ia akan dilihat sebagai perjuangan untuk rakyat, tetapi sebenarnya adalah untuk menjaga kepentingan kerajaan Singapura dan rakyatnya yang telah banyak melabur di atas tanah-tanah rizab melayu.
No comments:
Post a Comment