Pada pembaca yang meminati melayari blog-blog tulisan pakatan
pembangkang, pasti melihat betapa terdesaknya mereka untuk mempromosikan
himpunan Bersih 3.0. Baik dari segi tulisan, kenyataan dan tidak
ketinggalan dengan mengadakan pelbagai himpunan lain sebagai ‘pemanas
badan’. Yang peliknya, mengapakah pakatan pembangkang seolah-olah panik,
dengan penganjuran kali ini.
Bukankah sebelum ini, mereka boleh dilihat sebagai ‘juara’ untuk
mengerakkan rakyat berdemostrasi. Tetapi himpunan kali dilihat begitu
penting untuk pakatan untuk memastikan nyawa dan ideologi mereka
diterima rakyat.
Sekiranya sebelum ini, Anwar tegas mengatakan Bersih adalah merupakan
agenda NGO yang membawa isu negara dan bukannya untuk kepentingan
politik. Namun untuk penganjuran kali ini, tanpa berselindung mereka
terpaksa mengakuinya secara terbuka dalam memastikan ia mendapat
sambutan ramai.
Hasil penelitian yang dilakukan, ramai pemimpin pakatan terutama
Anwar berasa gusar sekiranya himpunan pada kali ini tidak mendapat
sambutan seperti yang dirancang. Ini kerana pemerhati politik dan umum
mengakui imej dan pendekatan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak berada pada tahap yang memberangsangkan. Majoriti rakyat terutama
golongan belia begitu menyenangi dan menerima imej dan ketokohan PM.
Berbanding dengan imej Anwar Ibrahim yang mula diragui dan
diperkatakan dan perkembangan amat meresahkan pakatan dan juak-juaknya.
Contohnya himpunan 901, mansuh PTPTN dan sebagaianya tidak mendapat
sambutan yang mengalakkan. Sedikit demi sedikit rakyat sudah mula dapat
menilai di tambah dengan prestasi yang ditunjukkan pakatan di
negeri-negeri yang diperintah mereka tidak seperti yang dijanjikan
sebelum ini.
Kelemahan demi kelemahan juga telah dibongkar untuk pengetahuan umum
bagi membolehkan rakyat menilainya secara keseluruhan. Yang terbaru
pepecahan yang berlaku di kalangan pimpinan pakatan pembangkang juga
dilihat umpana ‘retak menanti belah’ lantaran tamak dan rakus kepada
kuasa yang ada.
Berbalik kepada isu himpunan Bersih 3.0 yang dirancang oleh
pembangkang ini, ia dilihat sebagi faktor penentu kepada Anwar Ibrahim
dalam merealisasikan impiannya untuk menduduki kerusi di Putrajaya.
Kegagalan untuk menarik penglibatan rakyat bagi menyertai himpunan
tersebut seperti himpunan sebelum ini bakal menyebabkan Anwar sekali
lagi berputih mata. Maka seluruh gerakan dan jentera telah diarahkan
untuk memujuk dan menyebarkan propraganda agar rakyat terutama anak muda
dan belia bersimpati dan seterusnya bersam-sama menjayakan politik
jalanan yang digerakkan oleh Anwar Ibrahim.
Namun penelitian yang dilakukan, memperlihatkan rakyat sudah mula
muak dan bosan dengan retorik dan sandiwara yang dimainkan oleh Anwar
dan pimpinannya. Keputusan kerajaan dalam penubuhan Jawatankuasa
Penambahbaikan Perjalanan Pilihanraya serta cadangan-cadangan yang
dikemukakan memperlihatkan keikhlasan dan usaha kerajaan dalam
memastikan perjalanan pilihanraya yang adil lagi terjamin buat negara
ini.
No comments:
Post a Comment