14 May 2012

Gerakan Mahasiswa Didokong Fahaman Syiah?

Blog-blog pembangkang minggu ini dilihat begitu teruja untuk memberikan sedikit tumpuan dan promosi kepada gerakan aktivis pelajar dokongan mereka. Namun bukan kerana kehebatan gerakan mendapat keputusan yang cemerlang dalam bidang pengajian masing-masing. Tetapi kerana kejayaan pakatan pembangkang dalam mendoktrinkan ideologi untuk didokongi golongan ini, agar bersama dalam misi pembangkang untuk meletakkan Anwar Ibrahim di Putrajaya.


Dalam kelompok kecil itu, saya rasa terpanggil untuk mengulas mengenai salah seorang mahasiswa yang menjadi alat pembangkang bernama Khalid Mohd Ismath. Ini kerana saya sedikit terkejut dengan kebiadapan yang dipamerkannya dalam berkomunikasi di dalam media-media sosial dengan mengeluarkan kata-kata lucah dan biadap!

Antaranya di laman Facebooknya, dia yang kononnya ‘mewakili seluruh mahasiswa di Malaysia’ telah mencarut dengan mengeluarkan ungkapan ‘p***mak!’. Lebih hebat lagi lagi, dia melemparkan kata-kata carutan itu kepada  Al-Fadhil Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya yang juga merupakan seorang ilmuwan Islam yang terkemuka di negara ini.

Secara ringkas Al-Fadhil Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya adalah merupakan penasihat agama di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur. Berkelulusan sarjana muda dalam bidang pengajian hadis di Universiti Madinahdan sarjana daripada Universiti Yarmouk, Jordan dan kini belajar di peringkat doktor falsafah di UIA Kuala Lumpur.


Oleh itu, saya mengambil sedikit pendekatan untuk mengenali anak muda ini dengan lebih dekat lagi. Menurut rakan-rakan yang mengenalinya mengatakan, dia adalah merupakan penuntut Tahun 1, Jurusan undang-undang di UiTM Shah Alam dan kerana telalu sibuk menghabiskan masa dengan gerakan pembangkang menyebabkannya dia gagal pada semester yang lepas.

Tidak cukup dengan itu, hasil penelitian ynang dilakukan, saya juga mendapati dia adalah merupakan seorang pengikut yang berfahaman Syiah. Kepada mereka yang tidak mengetahui, Syiah adalah merupakan satu fahaman yang extreme serta tidak diterima di Malaysia. Ini kerana fahaman Syiah jelas bertentangan dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah dan perbezaan keduanya bukan berkisar kepada usul Fiqh malah lebih mendasar dan berbeza jauh dari sudut akidah, syariat dan pelbagai lagi penyelewengan umum.

Malahan pengikut fahaman ini juga diwajibkan untuk mengkafirkan dan memaki hamum para sahabat Rasulullah seperti Abu Bakar, Umar, Uthman dan Muawiyah dan menyamakan mereka sebagai empat berhala Quraisy.

Jawatankuasa Fatwa yang bersidang pada 5 Mei 1996 juga telah menetapkan bahawa penerbitan, penyiaran dan penyebaran apa- apa buku, risalah, filem, video dan lain-lain berhubung dengan ajaran Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah diharamkan.
Untuk mendapatkan penjelasan yang lebih mendalam berkenaan ‘Bahaya Syiah’ sila rujuk:


Dakwaan ini bukan sekadar dakwaan tetapi disokong dengan kenyataannya yang mengaku adalah merupakan seorang pengikut fahaman Syiah. Ditambah dengan koleksi gambar-gambar peribadinya bersama-sama para pemimpin terkemuka Syiah.


Tidak cukup dengan itu tulisan-tulisannya di dalam blog juga cukup mengambarkan peribadi anak muda ini. Antaranya mengatakan himpunan di dataran merdeka adalah merupakan seruan jihad dan sekiranya mereka yang mati akan dianggap syahid. Dia juga turut meminta pembaca blog tulisanya agar membaca doa laknat ke atas pemimpin selari dengan fahaman Syiah anutannya, yang membenarkan pengikutnya untuk melaknat para sahabat Rasulullah saw.

Seterusnya ada juga tulisan di dalam blognya yang jelas telah menghina institusi raja, apabila dia turut menyatakan hasratnya untuk membuat kem di depan mata Agung. Berikut adalah paparan-paparan yang diambil dari blognya.


Walaupun anak Nik Aziz sendiri menyatakan pandangannya yang menolak fahaman Syiah di dalam Pas, namun kenyataan Khalid membuktikan sebaliknya. Ini kerana dia secara terang mengakui Nik Aziz mengetahui akan anutan fahaman agamanya terhadap Syiah. Lebih mengelirukan dia juga sering diundang untuk berceramah dipentas-pentas Pas semata-mata untuk menarik minat golongan muda. Tidak cukup dengan itu, ramai mengakui dia juga sering mengikuti program-program ajuran Pemuda Pas baik diperingkat pusat mahupun negeri.


Satu persoalan yang perlu ditanya, apakah pendekatan Pas sekarang mengunakan kaedah ‘matlamat menghalalkan cara’. Sedangkan suatu ketika dahulu ungkapan tersebutlah yang sering dilemparkan kepada UMNO. Pendirian Keadilan tidak perlu untuk diulas kerana umum mengetahui pendirian mereka hanyalah untuk menabalkan Anwar sebagai PM, walaupun dengan apa apa cara sekalipun.
Hanya sekadar renungan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...