Acap kali sejarah membuktikan, mana-mana negara khususnya negara
Islam yang datangnya dari kelompok dunia ke-2 mahupun ke-3 cuba untuk
membangun dan keluar dari garis serta paras kemiskinan menuju ke taraf
negara maju pasti akan menjadi sasaran kuasa besar dunia yang akan
memulakan gerakan yang dinamakan gerakan rakyat. Ia kononnya akan
dipaksikan dengan gerakan rakyat yang akhirnya akan dinaungi oleh
pelbagai pertubuhan, baik politik mahupun NGO.
Dengan kehadiran dan kewujudan gerakan rakyat ini, maka mudahlah
untuk kuasa asing meletakkan orang pilihan mereka apabila kerajaan itu
ditumbangkan. Walaupun mungkin ada yang mengatakan ia hanya merupakan
teori semata-mata, namun mutakhir ini perkembangan dunia memperlihatkan
teori ini ada benarnya.
Contohnya, suatu ketika dahulu kuasa asing ini cuba memainkan peranan
untuk melemahkan blok pengaruh komunis di China dengan gerakan yang
sama melalui penglibatan pelajar. Namun kerajaan China pada masa itu
dilihat begitu pantas mengunakan pendekatan untuk ‘menghancurkan’
gerakan ini dalam peristiwa berdarah di Medan Tianemen. Yang mana ia
juga digerakan atas nama kebangkitan rakyat.
Hingga ada yang membuat kesimpulan bahawa rantau Timur Tengah yang
wujud pada hari ini dari segi struktur dan negaranya, bermodalkan
perancangan Barat. Dalam erti kata lain, mereka sebenarnya tidak
‘merdeka’ tetapi hanya merupakan boneka dan percaturan negara asing.
Sekiranya kita menelusuri sejarah, ketika Perang Dunia Pertama dan
sebelumnya, Barat telah membuat beberapa perancangan. Iaitu apa yang
dipanggil sebagai ‘surat-menyurat’ antara Hussein, penguasa Mekah pada
masa itu dengan Sir Henry McMahon, Pesurahjaya British di Mesir ketika
itu.
Dalam kandungan surat-menyurat itu, British menggalakkan orang Arab
supaya memberontak terhadap Daulah Uthmaniah dan mewujudkan
negara-negara Arab. Mereka menyemarakkan semangat kebangsaan Arab yang
mana negara Arab tidak sepatutnya diperintah oleh orang Turki tetapi
oleh orang Arab itu sendiri.
Sejarah telah membuktikan dengan jelas yang mana menunjukkan bahawa
British secara terang-terangan menyokong bangsa Arab supaya memberontak
dan akhirnya berlakunya Pemberontakan Arab pada tahun 1916.
Menerusi Pemberontakan Arab inilah lahirnya negara-negara seperti
Arab Saudi, Jordan, Kuwait, Qatar dan sebagainya. Apa yang jelas,
kewujudan negara-negara ini dibuat bagi menguatkan kuasa-kuasa Barat
kerana pemerintah negara-negara berkenaan sememangnya dipilih dari
golongan pro-Barat seperti keluarga Ibn Saud, al-Sabah dan al-Khalifah.
Golongan ini diletakkan sebagai khalifah yang boleh dikatakan
berdekad-dekad amat pro-Barat.
Yang terbaru konflik di rantau timur tengah juga dihambat dengan
pemberontakan rakyat hingga mengakibatkan beberapa negara mengalami
perubahan pemerintah, walaupun ada sebahagiannya yang masih dapat
bertahan. Antaranya demonstrasi di Mesir, Syria dan sebelum itu berlaku
di Bahrain. Bantahan juga berlaku di Arab Saudi dan negara-negara lain
tetapi dapat dibendung oleh kerajaan.
Semua perkara ini andai diteliti akan dilihat mempunyai persamaan
antara satu sama lain, sebagai contoh kira-kira dua tahun dahulu, saya
ada mengikuti perjumpaan Empower Malaysia dengan Caucus Ahli Parlimen
Wanita di bangunan Parlimen Malaysia. Ia bertujuan untuk menjemput MP
wanita untuk menghadiri majlis perasmian program anjuran mereka dengan
kerjasama Kedutaan US. Menurut makluman program yang diadakan itu
dirasmikan oleh Duta US ke Malaysia.
Dan seterusnya pada 2-4 Ogos 2011, Miss Farah Pandith wakil khas
kepada pentadbiran bekas presiden Bill Clinton telah mengadakan
perjumpaan tertutup di kediaman rasmi duta US dengan wakil-wakil NGO
yang berhaluan kiri.
Untuk makluman, Empower adalah merupakan pertubuhan NGO yang
bertujuan untuk meningkatkan penglibatan wanita berpolitik. Pengarah
Eksekutif kepada pertubuhan ini ialah Maria Chin Abdullah yang juga
merupakan salah seorang pengajur bersama untuk Bersih 2.0 dan 3.0.
Saya berkesempatan untuk berbual dengan salah seorang tenaga pengerak
pertubuhan ini yang mana menurutnya, mereka mendapat bantuan dana yang
diberikan secara terus oleh wakil dari kedutaan Amerika Syarikat untuk
mengerakkan aktiviti dan kos pengurusan mereka.
Andai diperhatikan juga, pada ketika ini pertubuhan NGO di negara
kita boleh di ibaratkan umpama tumbuhnya cendawan selepas hujan. Ia bagi
mengambarkan betapa banyak pertubuhan NGO yang membawa suara dan
gerakan penentangan terhadap kerajaan atas pelbagai isu. Walaupun
adakalanya isu yang diketengahkan dan diperjuangan itu langsung tidak
masuk akal.
Anehnya, dari manakah mereka memperolehi dana untuk mengerakkan
pertubuhan mereka, sedangkan umum mengetahui untuk mengerakkan
pertubuhan NGO memerlukan dana dan peruntukan yang besar. Seperti
perbelanjaan pengurusan, kos penyedian dan pengedaran risalah, aktiviti
dan program serta pelbagai kos-kos sampingan.
Persoalannya apakah semua ini adalah merupakan satu kebetulan atau
sememangnya adalah merupakan agenda tersebunyi yang dirancang oleh
negara asing untuk campur tangan dalam urusan politik dan pentadbiran
negara.
Buat rakyat Malaysia yang berfikiran matang dan cintakan negara, isu
ini perlu dipandang serius. Kerana andai kita tidak berhati-hati dan
menerima secara membuta tuli adalh tidak mustahil negara yang kita
cintai ini akan sekali lagi mengalami zaman penjajah. Mungkin bukan
dengan cara dan kaedah lama tetapi penjajahan era boneka.
Ingatlah mungkin bukan mudah untuk sesebuah negara itu mencapai
kemerdekaan dan namun yang paling sukar adalah untuk meneruskan
kemerdekaan itu.
No comments:
Post a Comment