14 May 2012

SURAT TERBUKA BUAT ANWAR IBRAHIM


Ke hadapan Anwar Ibrahim,
Tahniah kerana telah berjaya menghasut orang kampung, pelajar universiti untuk menghuru-harakan negara serta memburuk-burukkan Malaysia ke mata dunia. Saya amat mengkagumi kehebatan anda menjual nama negara ke tahap yang lebih internasional dan sekaligus merendahkan maruah dan imej negara.


Saya tidak nafikan kematangan anda berfikir, malah saya tahu sedikit sebanyak sejarah saudara ketika mula-mula bersama ABIM dahulu, saudara memang hebat! Orang lain ingin belajar di universiti, saudara racun mereka untuk bermain politik, konon untuk perjuangkan nasib bangsa. Namun disebabkan itu juga, saudara berjaya diterima ke dalam UMNO dan pernah memegang jawatan tinggi dalam kabinet hasil dari penerimaan pemimpin-pemimpin UMNO terdahalu.

Sejarah mungkin berulang, hanya pelaku-pelakunya sahaja yang berbeza. Namun demikian konklusinya tetap tidak akan berubah sekiranya minda yang ALLAH berikan tidak di gunakan dengan betul. Saudara pasti pernah membaca kisah Sejarah Melayu. Bagaimana Melaka jatuh ke tangan penjajah seperti Portugis, Belanda dan Inggeris. Saudara juga mungkin biasa membaca bagaimana orangg kuat istana di dalam sejarah negeri Temasik berjaya membuat onar dengan membuka pintu kerajaan hingga dapat dibolosi oleh tentera musuh hanya kerana dendamnya pada Sultan.
Atau mungkin juga biasa membaca bagaimana Jebat akhirnya mati ditikam atas kegelojohannya untuk menderhaka kepada Sultan. Walaupun mungkin ada yang merasakan watak Jebat itu ada kebenarannya, namun motif untuk menderhaka hingga meletakkan negeri berada dalam keadaan yang huru-hara hingga menyusahkan rakyat secara keseluruhan perlu dilihat di satu sudut. Sesebuah negara yang berada dalam huru-hara bakal mengundang campur tangan asing yang akan meletakkan pemimpin baru sebagai boneka. Lihat sahaja sejarah Indonesia, bagaimana Amerika menjatuhkan regim Sukarno kerana dilihat cenderung dengan ideologi komunis dengan menaikkan Suharto. Namun apabila Suharto dilihat mula berpading tadah, dengan tidak mengikut telunjuk mereka, Suharto juga akhirnya dijatuhkan.
Saudara mungkin tidak sayangkan Malaysia, dan hanya bernafsu untuk menduduki kerusi di Putrajaya semnata-mata. Tetapi janganlah dirosakan negara yang aman dan damai ini semata-mata untuk mengejar cita-cita gila anda itu. Berhentilah dari terus meletakkan Malaysia ke kancah kehancuran hanya kerana merasakan diri masih popular dan diperlukan rakyat. Kerana majoriti rakyat telah menolak dan membuang saudara jauh dari politik negara.
Hanya kerana sokongan minoriti yang di perolehi, saudara merasakan ia merupakan suara rakyat keseluruhan. Walaupun mungkin saudara hebat berpidato dan berceramah, tetapi itu bukanlah tiket untuk membolehkan rakyat terus mendokong idealisme politik saudara. Masih tidak cukupkah saudara menjadikan Azizah sebagai umpan untuk mengerakkan nawaitu busuk saudara. Tidak kasihankah saudara kepada anak-anak yang terpaksa menangung penghinaan hanya untuk membolehkan saudara terus popular?
Janganlah di sebabkan dendam, saudara ingin bertindak di luar batasan akal. Yakinlah, karier politik saudara telah lama berakhir, janganlah dipaksa lagi ego itu untuk menanggung beban yang tak mampu di kendalikan.
Akhir kata, saya ingin bertanya kepada saudara, perjuangan yang sia-sia ini hanya akan menyebabkan saudara terus dipandang hina oleh rakyat. Kerana sebagai rakyat yang cintakan negara, majoriti rakyat tidak akan membenarkan saudara untuk terus menganggu-gugat kesejahteraan dan kemakmuran negara.
Sekian, Terima Kasih...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...