Jawatankuasa yang ditubuhkan pada 3 Oktober 2011 ini antara lainnya bertujuan untuk mengkaji perkara-perkara bagi memperkukuhkan fungsi SPR dalam menambahbaikkan proses pilihanraya negara agar bergerak dengan bebas dan adil. Hasil penubuhan Jawatankuasa ini seramai 9 orang ahli Dewan Rakyat telah dipilih untuk mengangotai Jawatankuasa ini yang mana terdiri daripada 5 orang (BN), 3 orang (PR) dan 1 orang (Bebas).
Hasil penubuhan Jawatankuasa ini, pada 1 Disember 2011 satu laporan Interim telah dibentang di dalam Dewan Rakyat, sebanyak 13 mesyuarat telah diadakan dengan 6 pendengaran awam, serta mengadakan pertemuan dengan 106 orang yang terdiri daripada mereka yang terbabit secara langsung dengan proses pilihanraya. Serta tidak ketinggalan mengadakan 1 lawatan kerja ke Eropah bagi menilai dan menyemak proses pilihanraya yang dilakukan oleh negara luar.
Akhirnya Jawatankuasa yang dibentuk ini telah mengemukan 22 syor utama yang dibentangkan sebagai laporan akhir untuk dibahaskan di dalam dewan serta meluluskan syor dan cadangan yang dibentangkan itu dengan mengambil kira beberapa faktor:
- Kepentingan awam;
- Perlu disegerakan;
- Boleh dilaksanakan pihak-pihak tertentu dalam jangka masa pendek atau panjang; dan
- Berbentuk ‘transformasi’ – penambahbaikan yang membawa perubahan ketara kepada sistem yang sedia ada.
Namun segala usaha itu cuba digagalkan oleh pembangkang apabila Speaker Dewan Rakyat memutuskan untuk membentangkan laporan tersebut kepada ahli dewan untuk dibahaskan. Sejurus selepas YB Datuk Seri Dr Maximus Ongkili selaku pengerusi kepada Jawatankuasa membentangkan laporan tersebut, dewan mula kecoh dan sedikit tidak terkawal apabila Speaker diasak dengan pelbagai soalan. Persoalan demi persoalan mula dibangkitkan oleh Azmin Ali (Gombak) Sivarasa (Subang), Dr Hatta Ramli (Kuala Krai) dan Loke Siew Fook (Rasah).
Tan Sri Pandikar Amin selaku Speaker yang mempengerusikan perbahasan dewan ternyata amat bersabar dengan segala kerenah pembangkang dan mengambil sikap ‘tidak memihak’. Segala persoalan yang dikemukan di jawab dengan teliti bagi memastikan perjalanan persidangan pada hari itu berjalan dengan penuh tertib mengikut peraturan mesyuarat Sidang Dewan Rakyat. Antara hujah beliau, sebarang ketidakpuasan hati yang dibangkitkan oleh wakil-wakil dari pembangkang boleh dibangkitkan ketika membahaskan usul laporan tersebut. Dan sekiranya masih tidak dapat menerima, maka saluran yang terbaik ialah mengemukan usul bantahan agar dipertimbangkan oleh dewan.
Namun pembangkang dilihat dengan sengaja berniat untuk membuat kacau dengan mengemukan perlbagai ‘persoalan yang merepek’ dan tidak masuk akal serta berulang kali bertanyakan isu yang sama, walaupun persoalan itu telah dijawab. Speaker terpaksa mengambil masa sekitar 45 minit untuk menerangkan segala isu yang berbangkit sebelum menangguhkan seisi perbahasan untuk memberi masa kepada ahli dewan berehat untuk makan tengahari dan solat Zohor.
Tepat jam 2.30 petang, dewan kembali kecoh dan riuh dengan jerit pekik ahli dewan dari PR sebagai satu usaha untuk melengahkan aturcara perjalanan mesyuarat. Etika yang ditunjukkan langsung tidak menghormati dewan yang mulia itu sebagai satu badan tertinggi dalam sistem politik negara serta tidak mencerminkan langsung tahap kredibiliti dan intergriti yang tinggi sebagai Yang Berhormat.
Mereka dilihat dengan sengaja cuba mencabar Speaker dengan tindakan tanduk yang kurang ajar dan tidak sopan. Kekacauan dilihat semakin memuncak apabila Anwar Ibrahim melangkah masuk ke dalam dewan. Pada satu ketika Azmin Ali dilihat menengking Speaker dengan perkataan yang tidak sopan dan kasar dan diikuti dengan tindakan Azan Ismail (Indera Mahkota) yang dilhat berulang kali menghempaskan laporan jawatankuasa keatas meja dewan.
Tindakan mereka-mereka ini dilihat cuba untuk menarik perhatian Anwar Ibrahim kerana ia semakin menjadi-jadi sejurus selepas kehadiran Anwar. Seolah-olah bagi menyampaikan mesej kepada Anwar agar mengambil kira pengorbanan mereka ini yang bertindak sebagai beruk sarkis untuk dicalonkan semula di dalam PRU13.
Kemuncak dari perbuatan ini, Speaker telah mengarahkan Azmin Ali, Sivarasa dan Dzulkefly Ahmad untuk keluar dari dewan kerana berulang kali cuba menganggu aturan urusan mesyuarat dewan. Sejurus selepas membacakan keputusan itu, kesemua ahli dewan dari PR dilihat berdiri sambil menjerit-jerit ‘leave the chair’ dan ‘shame on you’ kononnya sebagai tanda bantahan dan tidak berpuas hati dengan keputusan itu.
Datuk Bung Mokhtar (Kinabatangan) ketika cuba membahaskan laporan ini acap kali diganggu sehingga menyebabkan perbahasannya terhenti beberapa kali. Suaranya juga hampir tidak kedengaran ekoran dari jerit pekik pembangkang yang diketuai oleh Anwar Ibrahim dan saling tak ubah seperti di dalam sarkis dan zoo.
Ekoran kekecohan itu, satu usul telah dibawa, agar dewan membuatkan ketetapan agar laporan jawatankuasa tersebut diterima tanpa bahas. Setelah membacakan usul itu, semua penyokong BN bersetuju agar laporan tersebut diterima sepenuhnya, dan Speaker dewan terpaksa memutuskan untuk menerima laporan tersebut tanpa bahas sebelum dewan ditangguhkan pada keesokkan harinya.
No comments:
Post a Comment