14 May 2012

Chua Jui Meng Pengkhianat Negara




Tidak berapa lama dahulu ramai terkejut dengan kenyataan Anwar Ibrahim yang menyokong penubuhan negara Israel. Ramai yang tertanya-tanya adakah ia dilakukan secara tidak sengaja atau Anwar sudah hilang hilang akal. Namun rata-rata penganalisa politik mengetahui maksud tersurat di sebalik kenyataan itu dimana dia mengharapkan sokongan dan dana politik bagi menghadapi PRU13. Dengan cara itu akan mungkin akan memberikannya jalan pintas untuk menduduki kerusi empuk di Putrajaya. Ini kerana umum mengetahui akan cita-cita Anwar untuk merampas Putrajaya walau dengan apa cara sekali pun.

Namun apa yang ingin dikatakan sekarang bukanlah berkenaan perihal dan cita-cita Anwar. Tapi lebih kepada pendedahan berkenaan gerakan dan modus operandi yang hampir sama dilakukan oleh juak-juaknya.

Tidak berapa lama dahulu, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan untuk membangunkan Hub Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) Petronas yang terbesar dan termoden di rantau ini. Projek yang akan dibangunkan dengan kerjasama kerajaan negeri Johor itu dianggarkan bernilai hampir RM 60 billion dan merupakan program pembangunan yang diletakkan di bawah Pelan Transformasi Ekonomi (ETP). 

Namun begitu, seperti kelazimannya apa sahaja projek pembangunan yang dibangunkan oleh kerajaan BN akan mula dicemuh oleh pembangkang. Baru-baru ini Naib Presiden Keadilan yang juga merupakan Ketua Keadilan Johor, Dr Chua Jui Meng telah mengeluarkan satu kenyataan yang amat dangkal lagi bodoh dengan mengatakan projek tersebut merupakan kilang radioaktif akan akan membawa kesan pencemaran. 

Akhabr Sinar Harian (Edisi Johor) melaporkan kenyataannya yang mengatakan bahawa dengan kehadiran projek ini ramai orang akan menghidapi lelah dan penyakit khususnya kanak-kanak dan orang tua yang akan hilang imuniti. Kenyataan bekas Menteri Kesihatan itu yang dilihat terburu-buru serta amat tidak selari dengan taraf pendidikan yang disandangnya. Rujuk Dialog PKR Tegang


Walaupun pada mulanya, kenyataan ini hanya dilihat sebagai kenyataan yang biasa dari pembangkang, namun menurut maklumat yang diterima ia bukan hanya sekadar kenyataan. Tapi mempunyai maksud yang jauh lebih besar dan tersirat. Ini kerana setelah dikaji secara menyeluruh, impak dari pembangunan ini dilihat akan mampu menjejaskan Singapura secara langsung dan tidak langsung. Ini kerana Singapura juga mempunyai hub penapisan dan simpanan minyak yang hampir sama dengan projek pembangunan ini. 

Sila rujuk kenyataan sinis Lee Kuan Yew ketika seisi dialog tidak berapa lama dahulu, apabila ditanya mengenai perancangan Malaysia untuk membina hub simpanan ini. Rujuk : AsiaOne

Dan baru-baru ini Reuters (Singapore) melaporkan cadangan Singapura untuk membangunkan pembinaan tanah baru bagi membina tempat simpanan minyak yang mampu menampung kapasiti sehingga 4juta tong. Rujuk Kenyataan Reuters

Menurut maklumat yang diterima juga, mengatakan kebanyakkan tanah di kawasan pembangunan ini adalah merupakan ‘tanah rezab Melayu’. Namun atas beberapa faktor tanah tersebut telah dipajakkan kepada ‘tauke-tauke’ dari negara jiran. Walaupun tidak melibatkan pertukaran nama secara sah, kerana status tanah tersebut namun gadaian itu telah menyebabkan jutaan ringgit telah dilaburkan keatas tanah tersebut. 

Antaranya pembinaan sarang burung walit, tanaman nenas dan pelbagai produk tanaman, yang mana semua hasilnya dihantar ke Singapura untuk diproses dan dipasarkan sebagai produk keluaran negara tersebut.

Itu tidak termasuk tanah-tanah penduduk Melayu tempatan yang telah disewa dengan harga yang begitu murah dan tidak masuk akal kepada ‘mereka-mereka’ ini untuk membina banglo-banglo mewah laksana istana di zaman dinasti.

Oleh yang demikian, apabila kerajaan mengumumkan rancangan pembangunan di kawasan ini, maka sudah tentu semua perusahaan ini akan mengalami kerugian kerana secara asasnya kerajaan hanya akan membayar pampasan kepada ‘pemilik tanah yang sah’. Maka bermulalah episod hasutan dan ugutan kepada warga dan penduduk tempatan untuk membantah projek ini dari diteruskan. Alasan demi alas an diberikan seperti faktor alam sekitar, pencemaran, radioaktif dan sebagainya. 

Sedangkan rata-rata penduduk sebenarnya amat bersetuju dengan pembangunan ini selain membuka peluang pekerjaan kepada anak-anak muda kampung ia juga secara tidak langsung mampu menjana ekonomi penduduk setempat. Tanah-tanah yang diambil juga akan dibayar mengikut harga pasaran setelah dinilai oleh jurunilai yang dilantik. Ditambah pula dengan tawaran kerajaan negeri untuk membuka penempatan baru yang jauh lebih selesa dan teratur berbanding sekarang. Tidak cukup dengan itu kerajaan negeri juga telah bersetuju untuk memberikan 2 ekar tanah sebagai ganti kepada tanah mereka yang diambil.

Oleh yang demikian maklumat yang mengatakan Chua Jui Meng menjadi jurucakap dan pembela kepada ‘rakyat negara asing’ ada asasnya. Dan semua ini dilakukan hanya kerana mengharapkan sokongan dan dana politik bagi memudahkan cita-cita dan harapan Anwar untuk menduduki Putrajaya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...