Kekecewaan gerakan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) terhadap kepimpinan Anwar boleh di ibarat sebagai retak menanti belah. Walaupun pelbagai usaha telah dijalankan agar pepecahan ini tidak sampai ke pengetahuan umum, namun semua usaha itu langsung tidak membuahkan sebarang hasil.
Rata-rata pemerhati politik mengetahui, SAMM adalah merupakan platform politik ciptaan Badrul Hisyam Shaharin (CheguBard) konon bertujuan untuk mewujudkan gerakan anak muda terutama golongan mahasiswa. Usaha yang dilakukan ini semata-mata untuk menarik perhatian Anwar Ibrahim agar memilih dirinya untuk diletakkan sebagai calon PKR dalan PRU-13 nanti.
Ini kerana dia mengetahui, tanpa gerakan tersebut adalah mustahil untuk dirinya melepasi sokongan jaringan kumpulan terbesar PKR yang diketui oleh Azmin Ali. Dan paling ditakutinya ialah terdapat percubaan demi percubaan untuk membunuh karier politiknya di Rembau. Gerakan yang dimaksud bukan dari parti BN/UMNO tetapi dikalangan pimpinan PKR sendiri yang merasaikan kehadiran Chegu Bard merupakan lialibiliti pada parti.
Kemelut bermula apabila CheguBard merasakan terdapat aturan untuk memastikan dirinya dipinggirkan dari kerusi Ketua Cabang PKR Rembau. Ia diburukkan lagi dengan percaturan ‘tangan-tangan ajaib’ yang menyikirkannya dari terus memegang jawatan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR.
Kemuncaknya, apabila kenyataan dan tindakan yang dikeluarkannya dilihat seolah-olah cuba untuk melancarkan perang terhadap kepimpinan PKR terutamanya Azmin Ali dan Shamsul Iskandar Md. Akin. Sehingga cakap-cakap politik mengatakan, dia telah membuat keputusan untuk keluar dari PKR. Dan ia amat mengecewakan para penyokongnya, maka ketetapan telah dibuat untuk menubuhkan platform NGO. Ia semata-mata bertujuan untuk mewujudkan gerakan mahasisiwa dan anak muda agar penglibatanya di peringkat nasional dapat dilihat.
Namun segala usaha dan penat lelah tersebut langsung tidak dihargai oleh Anwar Ibrahim dan Azmin Ali. Mereka masih merasakan Chegu Bard dan gerakan SAMM adalah merupakan pengacau di dalam gerakan dan kumpulan Azmin Ali. CheguBard dan SAMM dilihat hanya berniat untuk menghapuskan peranan dan populariti Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang diketui oleh Shamsul Iskandar.
Sebagai contoh, lihat sahaja artikel yang keluarkan oleh blog pro-pembangkang yang mengkritik secara terbuka kegagalan Chegu Bard dalam mengerakkan anak muda untuk himpunan ‘pemanas badan’. Walaupun pada mulanya pihak penganjur mensasarkan kehadiran seramai 10,000 ribu orang, namun malangnya program tersebut hanya dihadiri sekitar 500 orang sahaja.
Terbaru, sila rujuk kenyataan Safwan Anang, Pengerusi SAMM yang melahirkan rasa kekecewaan apabila gerakan mereka seolah-olah tidak disambut dengan sewajarnya oleh pakatan pembangkang khususnya pimpinan PKR. Ramai juga diantara mereka sudah mula, merasa jauh hati dan bosan serta tidak ketinggalan ada juga yang telah mula pulang ke rumah masing-masing. Akhirnya mereka sedar perjuangan mereka hanyalah sia-sia. Ternyata mereka telah mula sedar enggan untuk terus dipergunakan atau dalam bahasa muda terus dijadikan kuda tunggangan dalam merealisasikan impian dan nafsu serakah Anwar untuk menduduki kerusi di Putrajaya.
Apa yang diharapkan, semoga selepas ini makin ramai lagi di kalangan mereka yang dibukakan hati untuk berfikir secara matang dan waras dalam membuat keputusan.
No comments:
Post a Comment