Rata-rata yang menghadiri program pelancaran ‘BN Pilihan Orang
Muda, peringkat Wilayah Persekutuan baru-baru ini di Pusat Latihan DBKL,
Bandar Tun Razak pasti mengakui dan dapat melihat betapa penuh dan
ramainya hadirian yang hadir. Di anggarkan sekitar 5000 – 7000 golongan
muda dari pelbagai latar belakang dan lapisan masyarakat hadir bagi
menyatakan sokongan terhadap BN yang dipimpin oleh YAB Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak.
Seawal jam 7.00 pagi, kelihatan anak-anak muda telah mula
berpusu-pusu membanjiri perkarangan pusat latihan DBKL bagi menghadiri
program pada pagi itu. Program yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana
Menteri, YAB Tan Sri Muhyidin Yasin itu dipenuhi dengan lautan biru para
hadirin yang begitu bersemangat bagi menyatakan sokongan mereka.
Rata-rata hadirin yang hadir ketika ditemui mengatakan imej,
ketrampilan, dasar dan transformasi kerajaan adalah antara sebab mereka
hadir bagi menzahirkan tanda sokongan ini. Dan majoriti yang ditemui
menegaskan faktor utama sokongan adalah disebabkan pendekatan PM yang
‘cool’ dengan golongan muda.
TPM ketika menyampaikan ucapan perasmian, mengatakan tidak berapa
lama lagi PM akan mengumumkan beberapa ‘khabar gembira’ yang melibatkan
golongan muda di negara ini. Ia secara tidak langsung akan membuktikan
betapa kerajaan BN begitu serius dalam memastikan golongan muda negara
terus diperkasakan.
Ini kerana kerajaan menyedari, lebih kurang 46% daripada penduduk
negara ini adalah tediri daripada golongan muda yang merupakan aset
penting dan pewaris dalam meneruskan kesinambungan pembangunan negara.
Banyak aktiviti dan program akan terus dirangka khusus untuk
memperkasakan program-program bina upaya bagi membentuk generasi muda
berintegriti, mapan, unggul, serta kental jiwa dan semangatnya.
Menyedari akan aspirasi serta harapan orang muda untuk negara,
kerajaan BN telah bergerak untuk memenuhi hasrat tersebut di mana ia
bukan sahaja melibatkan program-program pembangunan belia, malah
transformasi sosiopolitik dan ekonomi demi membentuk masa hadapan yang
lebih cerah.
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ketika menyampaikan titah
ketika seisi pembukaan penggal ke-5, Majlis Parlimen ke-12 yang lalu
juga turut mengingatkan rakyat agar yakin dengan kerajaan. Baginda juga
melahirkan keyakinan golongan muda negara akan tetap dan terus
bersama-sama memecah keringat serta berganding bahu dengan kerajaan
untuk melakukan perubahan demi memastikan segala impian masa muka
terlaksana.
Kepada golongan muda, seharusnya mengunakan segala ruang dan peluang
yang ada dengan bijaksana, bak kata pepatah, kalau tinggi di angkasa
jadilah garuda, kalau jatuh ke laut jadilah pulau. Usaha kerajaan dalam
memartabatkan golongan muda seharusnya di dokong dan dalam masa yang
sama berusaha untuk mencari peluang bagi mamajukan diri bagi memastikan
kelangsungan golongan muda sebagai pewaris negara.
No comments:
Post a Comment