15 May 2012

PENYOKONG BERSIH BIADAP DAN KURANG AJAR



Tindakan beberapa kerat manusia yang dipercayai warganegara Malaysia menjerit-menjerit dan menganggu ketika YAB Perdana Menteri menyampaikan ucapan pelancaran Rakan Barisan Nasional (BN) UK semalam adalah merupakan satu tindakan yang sangat biadap dan kurang ajar.


Tindakan itu dipercayai bertujuan untuk memalukan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak selaku pimpinan tertinggi negara di hadapan rakan-rakan media asing yang sedang membuat liputan berkenaan program tersebut.

Program yang diadakan semalam bertujuan untuk menyampaikan mesej kepada rakyat Malaysia di UK agar saling berhubung lebih rapat dengan Malaysia serta memainkan peranan besar dalam pembangunan negara, sama ada dengan balik ke tanahair atau sebaliknya. Antara sumbangan lain yang boleh dimainkan oleh golongan itu ialah dengan berkongsi kepakaran yang mereka perolehi sepanjang berada di Britain.

Namun niat murni itu, telah disalahgunakan oleh 2-3 orang penyokong Bersih, semata-mata mahu menghina pemimpin negara. Ini mungkin kerana, meraka sedar propaganda yang dilakukan oleh pihak Bersih 3.0 baru-baru ini telah mula ditolak rakyat keseluruhannya. Maka mereka merasakan perlu melakukan pelbagai tindakan susulan agar rakyat mendokong semula idealogi pakatan pembangkang. 

Ini penting kerana, andai dibiarkan adalah ditakuti perancangan mereka untuk merampas kerajaan pada PRU-13 bakal menemui kegagalan. Maka perbuatan semalam adalah merupakan tindakan terdesak pakatan pembangkang disaat akhir untuk menawan hati pengundi dan rakyat secara keseluruhanya.

Rata-rata yang ditemui mengutuk perbuatan itu sambil menyifatkan ia sebagai biadap, kurang ajar dan sebagainya. Walaupun perlembangaan negara membenarkan kebebasan bersuara, namun tindakan semalam yang dilakukan itu telah jauh terkeluar dari norma-norma dan batasan yang ditetapkan.

Seandainya perbuatan itu dilakukan ketika program yang diadakan di dalam negara, sudah pasti mereka itu akan dikecam dengan sekeras-kerasnya. Seblum ini rakyat Malaysia terkenal sebagai satu bangsa yang mempunyai adap kesopanan yang tinggi, namun ia telah tercemar dan dirosakkan oleh segelintir kumpulan yang hanya mahu memenuhi nafsu dan agenda politik.

Politik sempit yang diamalkan ini, sedikit sebanyak telah mencacatkan pandangan mata dunia terhadap Malaysia yang selama ini dipandang tinggi. Seandainya dahulu Malaysia tidak dikenali, namun atas kecekapan pemimpin terdahulu telah mampu mengangkat martabat negara ini dari sebuah negara pertanian kepada negara perindustrian.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...