17 May 2012

Siapa Kata DAP Tak Korup?


TAWARAN jawatan kanan di Penang Institute dengan elaun tahunan sebanyak RM 50,000 (dan faedah lain) sebagai ganti tidak meletak jawatan dan kehilangan jawatan Senator kepada bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz adalah bukti jelas kekorupan parti DAP ini.

Soal ini sangat penting kerana intergriti dan bebas rasuah adalah tiang yang membentuk DAP hari ini.

Kalau PAS menentang BN dan UMNO dari sudut agamanya (hudud), DAP pula memperjuangkan soal intergriti dan rasuah.  Kalau PAS cukup pantang dituduh kurang Islamik, DAP juga sangat pantang kalau dikaitkan dengan rasuah, kerana itu imej yang telah dibina sekian lama.

Tapi akhirnya sekarang, dua-dua itu pun telah dibuktikan tuhan hanya penipuan masing-masing untuk mendapat kelebihan politik dan undi.  Terutama DAP, sanggup menggunakan wang rakyat Pulau Pinang dalam jumlah yang banyak untuk merasuah Tunku Aziz menarik semula perletakkan jawatannya.

Ya, duit rakyat Pulau Pinang, sebab Penang Institute itu bukannya badan yang menjana keuntungan tapi sebaliknya badan pemikir think thank yang bertujuan memantapkan DAP.  Sudah tentu fundingnya datang dari duit rakyat Pulau Pinang, takkan dari poket Guan Eng dan bapanya kot.

Mungkin DAP akan kata Tunku Aziz membuat cerita dan sebagainya, itu masalah senang, saman sajalah Tunku Aziz dan selesaikannya di Mahkamah.  Lagipun kita tak hairan sebab plot cerita apa-apa yang berkaitan dengan Pakatan Rakyat ini sama sahaja setiap kali – sama macam PAS dan soal hudud jugalah.

Tapi sementara itu berlaku, bolehlah kita anggap DAP ini tidak terlepas dari menjadi korup, bukan orang lain kata, tapi bekas Naib Pengerusi dia sendiri kata.  Itu yang terdedah ya kawan-kawan, yang tidak terdedah tak tau macam mana hebat lagi.

Jadi sekarang yang beria-ia nak menyokong DAP ni kenapa?  Dulu bolehlah, dia tidak memegang kuasa, sekarang dia sudah berkuasa di Pulau Pinang, kita sudah ada bukti fizikal yang boleh dijadikan perbandingan.  Nampak sangat DAP lebih korup dari apa yang dia selalu kata kepada UMNO.

Ini belum lagi kes skandal berkaitan dengan projek Bayan Mutiara terbongkar habis lagi ni tau.

Satu-satu gebang parti komponen Pakatan haram ini mula memakan diri sendiri dari dalam.  Dulu cakap pandai, bila dah berkuasa baru tau langit tinggi atau rendah.  DAP pun tidak boleh menahan diri dari membelanjakan wang rakyat Pulau Pinang untuk kepentingan parti itu sendiri, bukan untuk kepentingan rakyat.

Hayatilah sebahagian petikan temuramah Tunku Aziz dengan The Star, mengesahkan DAP adalah sebuah parti korup seperti yang telah diterjermahkan oleh AgendaDaily:-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...