17 May 2012

Bersih 3.0: Unit Amal Mengaku GAGAL



Rusuhan Bersih 3.0 pada 28 April yang lalu telah memalitkan sejarah hitam buat negara. Namun portal dan blog-blog pakatan dilihat semakin terdesak dan berhempas pulas untuk meyakinkan rakyat dengan memberikan seribu satu alasan untuk ‘menghalalkan’ perbuatan tersebut. Antaranya dengan menyalahkan kerajaan dan pihak polis sebagai pencetus kepada rusuhan tersebut. 



Rujuk kenyataan penuh : Malaysiakini

Terbaru, kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Amal, Juhari Osman yang mengaku kebanyakkan peserta gagal mematuhi arahan hingga menyebabkan dia terpaksa mengarahkan petugas unit amal yang dianggarkan seramai 2,000 orang untuk balik dan beredar dari kawasan berkenaan. Sedangkan sebelum ini, rata-rata pimpinan pakatan pembangkang menegaskan unit amal akan diberi tanggungjawab untuk mengawal keadaan.

Yang lebih menarik, Juhari cuba menafikan rempuhan yang dilakukan unit amal walaupun melalui rakaman video pihak polis, secara jelas memaparkan petugas mereka telah melakukan rempuhan kepada anggota polis yang sedang mengawal keadaan.

Rujuk rakaman polis, kronologi rusuhan Bersih 3.0 : http://youtu.be/axQwPtLLKBo

Walau apapun alasan yang diberi, tenyata ia tidak mampu memadam dan menghilangkan fakta sebenar kejadian itu. Pertama, unit amal GAGAL untuk memastikan himpunan pada hari tersebut berjalan secara amal. Kedua unit yang sering dibangga-banggakan it juga GAGAL mengawal para peserta dari bertindak secara keterlaluan sehingga menimbulkan rusuhan. Ketiga unit yang dipertanggungjawab untuk mengawal selia para peserta himpunan, telah lari dan beredar apabila melihat keadaan menjadi kelam kabut, salah satu sikap yang amat tidak BERTANGGUNGJAWAB.

Yang paling penting, secara keseluruhannya penganjur Bersih dan pakatan pembangkang GAGAL memenuhi janji yang dibuat sebelum ini, untuk memastikan himpunan Bersih berjalan secara aman dan teratur. Maka jalan terbaik ialah, mereka cuba mengalihkan perhatian rakyat dengan menyalahkan pihak kerajaan dan polis bagi menutup kelemahan sendiri.

Kepada rakyat Malaysia khususnya generasi muda, budaya dan pendekatan melalui rusuhan dan keganasan ini seharusnya ditolak.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...