KE mana perginya peguam-peguam Melayu yang kita lahirkan sejak
Merdeka? Ke mana perginya mereka apabila Majlis Peguam yang tidak
sudah-sudah mempersendakan perundangan atas niat jahat meruntuhkan moral
dan akhlak Islam di Malaysia?
Apabila satu kenyataan oleh Majlis Peguam yang mahukan kebebasan
seksualiti ditegakkan di Malaysia, adakah ini dianggap sebagai hak asasi
kepada semua rakyat Malaysia?
Majlis Peguam juga pernah menganjurkan forum untuk membincangkan isu
agama Islam secara terbuka. Dan banyak lagi kenyataan-kenyataan oleh
Pengerusi Majlis Peguam yang penuh dengan kontroversi dan menghina agama
Islam.
Hari ini Melayu dihimpit atas dasar 'Hak Asasi'. Majlis Peguam
menggunakan perkataan hak asasi demi untuk menjatuhkan Islam di
Malaysia. Pelbagai tuntutan yang mereka buat sejak 10 tahun ini jelas
menjurus kepada meruntuhkan nilai murni orang Islam dan masyarakat
Malaysia.
Peguam Melayu sepatutnya mengambil bahagian dan mengambil tahu apakah
yang sedang berlaku di dalam Majlis Peguam. Peguam Melayu juga
sepatutnya lebih peka daripada dijadikan lembu di cucuk hidung terhadap
apa sahaja yang diputuskan oleh Majlis Peguam.
Secara jelas, setiap pendirian yang dibuat oleh Majlis Peguam adalah
suara kepada setiap ahli yang mana ia turut diwakili oleh anak-anak
Melayu lepasan Universiti Islam Malaysia, Universiti Malaya dan semua
universiti yang mempunyai jurusan guaman. Tetapi malangnya, anak-anak
Melayu yang memperolehi segulung ijazah atas dasar 'Hak Istimewa'
terlena dengan khayalan duniawi tanpa ada rasa tanggungjawab
berpersatuan.
Lihat sahaja resolusi yang diluluskan untuk mendesak Polis Diraja
Malaysia (PDRM) dan Menteri Dalam Negeri baru-baru ini. Majoriti yang
hadir dan mengambil bahagian dalam pengundian adalah kaum Cina dan
India. Di mana anak-anak Melayu yang menjadi ahli kepada Majlis Peguam
ketika itu?
Menjadi ahli kepada Majlis Peguam demi untuk menjalankan perniagaan
tanpa menggunakan hak sebagai ahli adalah menjadi kebiasaan kepada
orang-orang Melayu. Sikap tidak mengambil tahu dan tidak peduli terhadap
organisasi yang mereka sertai adalah perkara biasa. Ini berbeza dengan
bangsa-bangsa lain yang mempunyai semangat jati diri yang tinggi. Mereka
akan menggunakan apa sahaja ruang yang ada untuk mendapatkan hak
mereka.
Anak-anak Melayu yang menjadi peguam hari ini tidak boleh menafikan
yang mereka mendapat segulung ijazah atas Dasar Ekonomi Baru, atas Dasar
Hak Istimewa dan bukannya Hak Samarata sebagaimana yang dipertikaikan
oleh Majlis Peguam sebelum ini.
Bilakah agaknya orang Melayu boleh bergantung harap kepada anak-anak
Melayu yang sudah mempunyai ijazah guaman untuk membela orang-orang
Melayu?
No comments:
Post a Comment