Sejurus selepas dewan rakyat berhenti rehat pada jam 1.00 tengahari, semua ahli-ahli dewan rakyat dijemput untuk menghadiri jamuan makan yang disediakan oleh pihak SPR sebelum memulakan seisi taklimat. Program pada petang dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan diikuti dengan taklimat.
Persoalan pertama ialah berkenaan bilangan kehadiran ahli pembangkang yang tak sampai 10 orang. Sedangkan mereka selama ini menjerit dengan pelbagai tohmahan kononnya SPR tidak mahu berjumpa dengan wakil-wakil dari pembangkang, agen BN, pengundi hantu dan sebagainya. Antara MP pembangkang yang hadir ialah Nurul Izzah (Lembah Pantai), Manogaran (Teluk Intan), Siti Mariah (Kota Raja), Siti Zailah (Rantau Panjang), R.Sivarasa (Subang), Fuziah Salleh (Kuantan).
Sepanjang sesi taklimat tersebut, langsung tiada isu berkenaan ‘pengundi hantu’ yang dibangkitkan MP pembangkang. Seolah-olah isu itu langsung tidak penting, sedangkan sebelum ini mereka sering menyalak di pentas-pentas ceramah dan jalanan dengan membangkitkan isu ini. Persoalannya mengapakah isu ini tidak dibangkitkan? Ternyata ia hanyalah merupakan retorik dan lakonan sandiwara mereka sahaja.
Seterusnya salah seorang wakil pembangkang membangkitkan persoalan kononnya pendaftaran pengundi yang dibuat oleh wakil politik terutama dari pembangkang sengaja dilambatkan. Sedangkan menurut SPR proses pendaftaraan pengundi baru kebiasaanya mengambil masa sekitar 3 bulan dan kumpulan yang paling ramai mendaftarkan pengundi baru yang telah diluluskan terdiri daripada parti-parti politik terutamanya pembangkang sekaligus mematikan hujah mereka itu.
Isu seterusnya yang dibangkitkan ialah berkenaan bilangan pengundi golongan ‘warga emas’ (85 tahun dan keatas) yang masih di dalam senarai SPR, sedangkan menurut kajian yang dilakukan oleh pembangkang, kononnya rata-rata mereka ini sudah tidak dapat dikesan dan ada yang telah meninggal dunia. Namun penjelasan yang diberikan ialah, pihak SPR tidak mempunyai sebarang kuasa untuk memadamkan rekod-rekod pengundi yang tidak dapat dikesan. Kerana menurut data di JPN tiada sebarang bukti atau rekod kematian untuk mengesahkan. Pembangkang yang sering membawa isu ini juga ternyata gagal mengemukakan sebarang bukti untuk menyokong dakwaan tersebut.
Dan menurut SPR lagi, sekiranya SPR mengambil pendekatan memadamkan nama-nama tersebut, pembangkanglah yang pertama sekali yang akan menyalahkan SPR sekiranya mereka yang dipadamkan itu muncul pada hari pengundian. Dan terbaru, menurut rekod, terdapat juga sebilangan mereka yang kononnya telah meninggal dunia seperti yang didakwa pembangkang ini hadir ketika majlis penyerahan bantuan rakyat 1Malaysia (BR1M) baru-baru ini. Oleh yang demikian pertuduhan yang dikemukan oleh pembangkang ini ternyata hanya merupakan sangkaan jahat semata-mata untuk merosakkan imej SPR.
Walaupun diasak dengan bertalu-talu oleh pembangkang, ternyata SPR begitu professional ketika memberikan jawapan atas setiap persoalan yang diajukan. Dan ternyata semua isu yang dibangkitkan oleh mereka hanya semata-mata mahu menagih simpati rakyat. Sedangkan sekiranya difikirkan secara rasional, andai benar SPR tidak telus dan adil dalam tugasnya, mana mungkin pembangkang berjaya merampas 4 buah negeri dalam PRU-12.
Ternyata usaha dan niat baik SPR itu langsung tidak dihargai oleh pihak pembangkang. Keadaan pada mulanya berjalan dalam suasana yang penuh tertib dengan setiap ahli yang tidak berpuas hati melontarkan pelbagai persoalan dan dijawab oleh pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. Namun suasana mula kecoh apabila Sivarasa mula menunjukkan sifat provokasi dengan pelbagai soalan yang tak masuk akal.
Reaksi tersebut ternyata tidak disenangi oleh beberapa MP dari BN dan ketika MP dari Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar bertanyakan soalan kedengaran beberapa MP pembangkang memberikan reaksi yang negatif dan menganggu majlis yang diadakan. Dan keadaan menjadi semakin kecoh apabila Sivarasa memberikan kenyataan yang berupa ugutan dengan mengatakan ‘kita ajar dengan Bersih’.
Ia menimbulkan kemarahan MP BN kerana semua persoalan yang dibangkitkan hanyalah merupakan lakonan semata-mata untuk mengadakan himpunan haram yang menyusahkan rakyat walaupun semua persoalan meraka telah dijawab oleh SPR.
Bagi menghormati sidang dewan yang akan disambung semula serta membolehkan ahli-ahli dewan kembali bersidang, Pengerusi SPR cuba memberikan jawapan sepadat dan seringkas mungkin.
Namun Fuziah Salleh (PKR-Kuantan) cuba mencuri masa dengan mengajukan persoalan demi persoalan, sehingga menimbulkan rungutan di kalangan ahli dewan yang lain. Ini kerana sekiranya Fuziah mempunyai banyak persoalan yang ingin diajukan, dia seharusnya lebih berdisiplin dengan datang mengikut masa yang ditetapkan dan bukanya datang apabila program tinggal 15 minit sebelum tamat. Itulah wajah-wajah sebenar pembangkang, kononnya berjuang atas nama rakyat namun di masa yang sama mempunyai pelbagai wajah semata-mata hanya untuk memenuhi nafsu Anwar Ibrahim untuk berkuasa di Putrajaya.
Berikut adalah rakaman video pendek yang sempat dirakam ketika berlangsungnya progam taklimat tersebut.
No comments:
Post a Comment