PENDEDAHAN Senator Ezam Mohd. Noor bahawa Anwar Ibrahim pernah merayu
kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi agar membawanya masuk
ke dalam UMNO semula, menarik untuk diteliti tentang siapa Anwar
sebenarnya dalam perjudian politiknya ingin menjadi Perdana Menteri.
Ezam berani mendedahkan hal ini kerana dia hadir dalam pertemuan
antara Wan Azizah dan anak-anak dengan Tun Abdullah. Sekiranya ia tidak
benar Wan Azizah boleh menafikan dan Tun Abdullah tahu apa yang berlaku.
Hairannya mengapa Anwar masih lagi ingin menyertai UMNO sedangkan
dalam kenyataan reformasinya - UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan
kerajaan adalah zalim memecat dirinya sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Dalam menyatakan UMNO zalim tentu ada muslihat hasrat itu dibuat.
Analisis yang ada ialah Anwar tahu bahawa menerusi UMNO peluangnya untuk
naik ada. Mujur Tun Mahathir menyedari bahawa dari sudut integriti,
Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri.
Walaupun di peringkat awal pemecatan sehingga Anwar ke penjara, ramai
orang turut simpati dengannya. Hari ini masyarakat semakin tahu
mengenai masalah moral Anwar yang tersangat banyak dan Anwar tidak mampu
menafikan mahupun menyaman supaya dirinya ‘Bersih’ dan integritinya
terpelihara.
Menariknya pendedahan Ezam itu adalah mengapa Anwar masih mahu
memilih UMNO sebagai platform perjuangan politiknya sedangkan pendekatan
yang diambil sehingga kini terus menerus menghina UMNO, seolah-olah apa
yang berlaku terhadap dirinya adalah konspirasi UMNO untuk menyekat
Anwar sampai ke Putrajaya.
Maka Anwar mula mengubah strategi. Berkawan dengan Pas dan bersahabat
dengan DAP dalam pakatan pembangkang untuk sampai ke Putera Jaya. Kalau
benar Anwar seorang pejuang Islam seperti yang ditunjukkannya dalam
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dulu, logiknya Anwar elok masuk
Pas. Tetapi mengapa Anwar enggan masuk Pas. Tentu ada muslihatnya.
Pas pula diajak oleh Anwar bersama dengan DAP membentuk pakatan
pembangkang sedangkan DAP mendukung faham sosialis demokratik. Saya
masih ingat Nik Aziz pernah menolak Dr. Syed Husin Ali menjadi calon di
Kota Bahru atas alasan berfahaman sosialis.
Pas dan Anwar tahu bahawa DAP tidak boleh menerima hukuman hudud Pas.
Kata Karpal Singh “langkah mayat saya dulu". Dasar Pas dan DAP ialah
antara bumi dan langit bandingannya. Tetapi mengapa sanggup mengetepikan
perjuangan Negara Islam dan menukarnya kepada Negara Berkebajikan.
Mengapa sanggup menolak prinsip al-Quran dan kini berkiblat kepada Buku
Jingga.
Ia juga adalah muslihat Anwar untuk sampai ke Putrajaya. Diwujudkan
dedalu untuk meresapi pemikiran ulama sehingga imej Pas hari ini
bertukar menjadi Parti Berkebajikan Malaysia.
Sebab itu ceramah Dr. Hasan Ali di Kelantan iaitu di Pasir Mas dan
Pasir Puteh baru-baru ini dihadiri oleh ribuan manusia. Itu memberi
petanda ada perkembangan menarik dalam politik Kelantan
Abdul Hadi Awang terus berbalah dengan Karpal Singh mengenai hukuman
Hudud. Harun Taib sebagai Ketua Ulama memberi respons yang tegas. Naib
Ketua Pemuda Pas juga membuat kenyataan yang sama. Ini belum memerintah
dan mendapat kuasa. Bagaimana mungkin sebuah kerajaan boleh terbentuk
sekiranya isu-isu dasar tidak selesai.
Lebih mengejutkan beberapa hari yang lalu Abdul Hadi membuat
kenyataan bahawa Pas sedia bermuzakarah dengan mana-mana pihak termasuk
UMNO walau pun ada celahan daripada Mahfuz Omar mengecualikan UMNO.
Mengapa tiba-tiba kenyataan ini dibuat. Apakah kerana UMNO sedang
menerima dukungan rakyat dan Pas rasa terdesak dengannya. Apakah
kenyataan Abdul Hadi disetujui oleh Nik Aziz yang selama ini dilihat
sebagai penghalang kepada perpaduan ummah.
Apakah ia juga disetujui oleh Anwar yang terlalu dendam akan UMNO.
Dengan krisis integriti yang dihadapi oleh Anwar, Azmin dan Wan Azizah,
PKR tidak berada dalam imej yang baik. Bila isu hudud menjadi polemik,
hubungan Pas-DAP akan terus tegang.
Hal ini yang meresahkan Anwar dan Nik Aziz yang memang diketahui
memiliki rasa dendam dan benci terhadap UMNO rakan seagama dan sebangsa
dengannya dan tiba-tiba ingin bermuzakarah dengan UMNO pula. Pelik bin
ajaib.
No comments:
Post a Comment