Isu segelintir kecil golongan
pelajar yang mahu mendesak kerajaan untuk memansuhkan Perbadanan Tabung
Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah merupakan satu lagi sandiwara
dan drama terbaru arahan pakatan pembangkang. Ini disebabkan kerana
mereka sedang berusaha untuk mencipta pelbagai momentum untuk menipu dan
menagih simpati rakyat.
Ini kerana mereka sedar sejak
kebelakangan ini sokongan rakyat telah kembali kepada kerajaan. Imej
‘cool’ PM serta pendekatan yang digunakan untuk mendekati golongan muda
tenyata mula diterima golongan generasi X dan Y. Ini ditambah dengan
pelbagai program transformasi yang diperkenalkan oleh kerajaan telah
mula dirasai oleh majoriti besar rakyat.
Perkembangan itu ternyata tidak
disenangi oleh pakatan pembangkang, oleh itu seribu satu isu dicipta dan
terbaru mendokongi gerakan pelajar untuk bangkit menolak dan menentang
kerajaan.
Natijahnya Dataran Merdeka yang
merupakan ikon pelancongan negara untuk para pengunjung baik dari dalam
mahupun luar negeri tercemar dengan kebiadapan segelintir kecil golongan
pelajar yang menjadi alat pembangkang. Ini kerana himpunan yang mereka
adakan baru-baru ini gagal mendapat sambutan majoriti mahasiswa.
Retoriknya seperti kebiasanya isu yang
disuara itu ‘disambut’ oleh pakatan pembangkang bagi mewujudkan persepsi
mereka bersama-sama menyokong isu untuk memansuhkan PTPTN ini.
Sedangankan mereka jugalah sebelum ini yang menajdi dalang agar gerakan
ini dihidupkan oleh pelajar-pelajar tersebut.
Namun begitu, apabila dilakukan semakan
ternyata Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng adalah merupakan antara mereka
yang menyokong penuh usaha untuk menubuhkan PTPTN ini apabila akta ini
dibentangkan di parlimen pada tahun 1997. Kenyataan ini diperolehi
ketika penelitian dilakukan melalui rekod Penyata Rasmi Parlimen.
Berikut adalah petikan ucapan mereka ketika membahaskan akta ini pada 14 May 1997
Berikut adalah Penyata Rasmi lengkap pada hari tersebut untuk rujukan semua. Penyata Rasmi Parlimen 14/05/1997
Seterusnya, kenyataan yang dibuat oleh
Anwar Ibrahim, untuk memansuhkan PTPTN sekiranya berjaya merampas
kerajaan atas alasan ia adalah merupakan akta yang zalim. Namun
persoalannya mengapa ketika akta ini dibentang dulu, Anwar selaku
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan tidak membantah?
Sedangkan yang memberikan kelulusan
kepada PTPTN untuk memulakan operasi ialah Anwar Ibrahim selaku Menteri
Kewangan dan yang paling penting pada ketika itu merupakan pemangku
kepada jawatan Perdana Menteri.
Kesimpulannya inilah wajah-wajah sebenar
pembangkang, yang cuba menipu rakyat dengan pelbagai janji manis namun
dimasa yang sama mempunyai pelbagai imej dan personaliti.
No comments:
Post a Comment