04 December 2007

SURAT TERBUKA BUAT ANWAR IBRAHIM



Ke hadapan Anwar Ibrahim,

Tahniah kerana telah berjaya menghasut orang kampung untuk menjual nama Malaysia ke mata dunia dan menghuru-harakan negara, saya amat mengkagumi kehebatan anda menjual nama negara ke tahap yang lebih internasional dan sekaligus merendahkan maruah dan imej negara.

Saya tidak nafikan kematangan anda berfikir, malah saya tahu sedikit sebanyak sejarah saudara ketika mula-mula bersama ABIM dahulu, saudara memang hebat! Orang lain ingin belajar di Universiti, saudara racun mereka untuk bermain politik, konon nak perjuangkan nasib bangsa. Namun disebabkan itu juga, saudara berjaya diterima ke dalam UMNO dan pernah memegang jawatan tinggi dalam kabinet hasil dari pertolongan Tun.

Sejarah mungkin berulang, tapi versinya tidak sama. Namun demikian konklusinya tetap tidak akan berubah sekiranya minda yang ALLAH berikan tidak di gunakan dengan betul. Saudara pasti pernah membaca kisah Sejarah Melayu. Bagaimana Melaka jatuh ke tangan penjajah seperti Portugis, Belanda dan Inggeris.

Saudara juga mungkin biasa membaca bagaimana orangg kuat istana di dalam sejarah negeri Temasik berjaya membuat onar dengan membuka pintu kerajaan agar dapat dibolosi oleh tentera musuh hanya kerana dendamnya pada Sultan. Atau mungkin juga biasa membaca bagaimana Jebat akhirnya mati ditikam atas kegelojohannya menderhaka kepada raja? The irony of it all, Jebat kini muncul lagi di alaf 21 tetapi dengan mengunakan nama Anwar Ibrahim.

Saudara mungkin tidak sayangkan Malaysia, dan hanya bernafsu untuk mengejar pangkat dan harta semata. Tetapi janganlah dirosakan negara yang aman dan damai ini semata-mata untuk mengejar cita-cita gila anda itu. Berhentilah dari terus meletakkan Malaysia ke kancah kehancuran hanya kerana merasakan diri masih popular dan diperlukan rakyat. Kerana majoriti rakyat telah menolak dan membuang saudara jauh dari politik negara.

Hanya kerana sokongan minoriti yang di perolehi, saudara merasakan ia merupakan suara rakyat keseluruhan. Walaupun mungkin saudara hebat berpidato dan berceramah, tetapi itu bukanlah tiket untuk membolehkan rakyat terus mendokong idealisme politik saudara. Masih tidak cukupkah saudara menjadikan Azizah sebagai umpan untuk mengerakkan nawaitu busuk saudara. Tidak kasihankah saudara kepada anak-anak yang terpaksa menangung penghinaan hanya untuk membolehkan saudara terus popular?

Janganlah di sebabkan dendam, saudara ingin bertindak di luar batasan akal. Yakinlah, karier politik saudara telah lama berakhir, janganlah dipaksa lagi ego itu untuk menanggung beban yang tak mampu di kendalikan.

Akhir kata, saya ingin bertanya kepada saudara, perjuangan yang sia-sia ini hanya akan menyebabkan saudara terus dipandang hina oleh rakyat. Kerana sebagai rakyat yang cintakan negara, saya dan rakan-rakan semua sama sekali tidak akan membenarkan saudara untuk terus menganggu-gugat kesejahteraan dan kemakmuran negara.

Sekian, Terima Kasih...

Oleh : Saudara Nosferatus
(www.kpmu.net/forum)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...